Korang semua mesti tak tidur malam sekarang kan. Maklumlah tengah demam EURO ni, mesti ada yang sanggup bersengkang mata mengadap perlawanan yang semuanya menarik kat TV.
Itulah dia, DEMAM EURO 2012 MELANDA! Bukan sahaja di Lembah Klang, kehangatan dan kemeriahannya turut dirasai di luar Lembah Klang.
Dengan kerjasama penaja utama Maxis dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Media Prima akan menganjurkan acara padang iaitu “Kembara Bola” istimewa buat peminat fanatik bola sepak di Melaka.
Acara santai ini akan diadakan pada 15 Jun ini di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka jam 8 malam.
Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah hebat ditawarkan, antaranya, pertandingan bola sepak pantai, bola jaring dan tiket untuk menyaksikan perlawanan Manchester United!
Selain itu, pengunjung berpeluang untuk beramah mesra dengan artis-artis popular tanah air, antaranya, Kamal Adli, Intan Ladyana, Aiman Hakim Ridza, Syazwan Zulkifly, Zalif Sidek, Azlee Khairi, Talha Harith dan Hisham Hamzah (Sarapan & BROS) serta berhibur dengan Drama Band, Awan Band, OAG, Caroline (Mentor 6) dan ramai lagi.
Tepat jam 2.45 pagi, skrin gergasi di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka akan menyiarkan perlawanan Kumpulan D di antara England menentang Sweden di Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine.
Acara ini turut bakal dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam.
Tarikh/ Hari : 15 Jun 2012 (Jumaat)
Waktu : 8.00 malam
Tempat : Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka
Anda semua, khususnya penduduk Melaka, dijemput hadir memeriahkannya ya.