in

Bukan Senang Untuk Ubah Suai Rumah

BUKAN SENANG UNTUK UBAH SUAI RUMAH

Semasa Budiey merancang untuk berpindah rumah bulan ini, dalam kepala ni terlalu banyak idea dan ilham. Mahu beli itu dan mahu letak ini. Macam-macam idea yang Budiey dapat dari majalah dan program TV. Tapi apabila terlalu banyak idea, macam biasa, Budiey akan jadi keliru. Pening kepala! Macam-macam konsep ada. Nak yang urban, yang elegan, klasik… pendek kata macam-macam ada.

Tiles Rumah Terbaik

Kalau google di internet, Budiey dapat banyak maklumat tentang cara yang senang dan cepat untuk buat renovation. Setelah buah kajian dan selidik mana yang patut, Budiey dapati terlalu banyak jenis tiles yang ada di pasaran.

Nak senang lagi, kita curi-curi masa untuk masuk ke showroom. Dapatkan nasihat dari yang pakar. Bukan buat ikut hati dan rasa je. Kita ni bukan ada ilmu sangat pun tentang ubah suai rumah ni.

Apa yang penting, semasa memilih dan membeli tiles, kita hendaklah tahu kesesuaian. Salah satu ciri dan juga cara ialah memilih warna yang sesuai. Kata orang biarlah padan dan juga ‘masuk’ dengan warna dinding rumah.

Sekarang, Budiey tengah merancang untuk memilih lantai dan juga beberapa perabut untuk diletakkan di ruang tamu dan di dapur. Untuk lantai, Budiey dapati banyak sangat reka bentuknya. Ada yang kecil dan ada yang besar. Ada yang licin, ada yang rata dan ada permukaan yang kasar.

Nah, sekarang kita dah pilih warna dan bentuk, dan apa-apa pun pilihan kita tu kenalah tengok sejauh mana mutu tiles tu. Nanti tak pasal-pasal, tak sampai setahun dah retak.

Cakap pasal retak, Budiey teringat pada entri Curious Cat yang Budiey siarkan baru-baru ini. Agak lucu juga bila kucing pun tahu macamana nak pilih dan nasihat kita macamana nak pilih tiles yang bermutu.

Untuk lantai di ruang tamu, Budiey ambil keputusan untuk memilih permukaan yang licin. Ini kerana Budiey rasa senang untuk menyapu dan membersih sampah sarap dan habuk pun taklah melekat sangat. Kata orang yang pakar, tiles lantai dan dingin sememangnya berbeza tapi tak salah untuk kita campur adukkan bersama-sama.

Tiles Rumah Terbaik

Selain ruang tamu, Budiey juga mengambil keputusan untuk memilih beberapa jenis tiles untuk ruang dapur dan juga bilik mandi. Pilihan warna satu benda yang bukan senang untuk dibuat. Apa-apa pun, Budiey berpegang pada tips di mana kita kena pilih warna putih dan kosong untuk menampakkan ruang yang sempit agar nampak lebih luas. Kalau pilih yang bercorak atau warna terang seperti warna merah dan biru menjadikan dapur nampak sempit pulak.

Kalau nak kira jumlah website yang cerita pasal renovation, memang banyak sampai tak dapat bilang dengan jari. Itu tak termasuk lagi cerita-cerita di blog di mana Budiey rasa semuanya menarik.

Tiles Rumah Terbaik

Jadi, sekarang ini, Budiey rasa mahu upah interior designer. Jadi, dapat la jugak nasihat daripada mereka. Nak tak nak, kena dapatkan nasihat dan saranan daripada orang yang lebih arif tentang renovation. Baru puas hati.

Contohnya, lantai rumah… Budiey kena tahu juga jenis-jenis lantai yang sesuai dan jenama yang kukuh atau bermutu di pasaran. Takut nanti beli yang murah sangat pun tak boleh sebab kadang-kadang memang tak bermutu.

Dua hari lepas, Budiey dapat cadangan daripada seorang pembaca, yang mencadangkan Budiey untuk membuat pilihan yang tepat berdasarkan bajet atau keadaan kewangan ketika ini.

Betul juga kata pembaca tu, untuk buat renovation kita perlu mencari idea yang terbaik sebab segalanya akan kekal untuk jangka masa yang agak lama.

Jadi, sekarang ini, kalau korang ada idea yang menarik tentang renovation atau segalanya tentang dekorasi rumah, bolehlah berikan kepada Budiey.

Tiles Rumah Terbaik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem KAWAN-KAWANKU HANTU Zizan Razak di Astro First

Smarter Home Cleaning Solutions with Samsung