in

Sami Yusuf Bakal Lancar Album Terbaru SALAAM

Sami Yusuf bakal melancarkan album terbaru ‘Salaam’ di Malaysia, Singapura and Brunei

Setelah mencatatkan jutaan jualan, penyanyi dan pencipta lagu, Sami Yusuf bersedia untuk memasarkan album terbaru beliau, ‘Salaam’ di Malaysia, Singapura dan Brunei melalui syarikat rakaman dan pengedar dari Malaysia, Arteffects International.

Sami Yusof Bakal Lancar Album Terbaru SALAAM

Meneruskan kecemerlangan album-album terdahulu, ‘Al-Muallim’, ‘My Ummah’ dan ‘Wherever You Are’, album studio keempat Sami Yusuf ‘Salaam’ bakal menghidangkan selera dan tema lagu yang lebih pelbagai. Album ini juga turut diserikan dengan gandingan istimewa oleh Diva dari Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza untuk single utama, “You Came To Me” yang telah dirakam di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sebagai wakil rasmi Sami Yusuf dan pengurusannya, ETM International, di Malaysia, Singapura dan Brunei, Arteffects International begitu berbesar hati untuk mengembangkan keindahan muzik Sami Yusuf dan mesej-mesej di dalam lagu beliau, yang sememangnya telah menambat serta menawan hati dan perasaan jutaan insan di dunia.

Album ini akan dipasarkan seiring dengan Konsert Jelajah Salam 2012 (Salaam Tour Concert 2012). Konsert ini akan diadakan di Stadium Terutup Singapura, Singapura pada 8 Julai 2012 dan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, Malaysia pada 14 Julai 2012.

Salam akan berada di semua rangkaian kedai-kedai muzik dan lokasi terpilih; berserta langganan muat turun nada dering dan muat turun digital tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Bakal Melancarkan Astro On The Go

Jom Ke Konsert Kenangan Sudirman 3 Jun Ini