Pada 12 November lalu, jam 3 petang, Budiey berkesempatan menghadiri satu majlis pratonton dua buah drama iaitu Rona Roni Makaroni dan Kapten Boleh di Cathay Cineileisure, Damansara.
Dalam usaha untuk terus menyokong pembangunan seni tanahair, Astro gigih dalam menawan hati para pelanggan dengan menyediakan kepelbagaian kandungan tempatan untuk memenuhi citarasa penonton yang berbeza. Pada bulan November ini, Astro dengan bangganya mengangkat dua buah lagi drama bersiri melalui Kempen Astro Megadrama yang membariskan variasi drama tempatan di saluran-saluran terbaik Bahasa Melayu Astro.
Dua buah drama bersiri yang dimaksudkan akan dimainkan di saluran Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ceria (Saluran 611) pada bulan November ini mempunyai pengisian yang diwarnai dengan nama-nama besar dalam arena hiburan tanahair, jalan cerita yang padat dan menghiburkan serta kualiti produksi yang bermutu tinggi.
Menurut En Zainir Aminullah,
“Kempen Astro Megadrama bukan sahaja mendapat sambutan yang positif daripada pelangan-pelanggan kami, malahan turut juga memberi insentif kepada penerbit-penerbit tempatan untuk berusaha dengan lebih gigih agar hasil karya mereka dapat diketengahkan.”
“Bukan itu sahaja, platform Astro Megadrama juga turut membuka ruang kepada anak-anak seni tempatan termasuk pelakon,pengarah dan penulis skrip untuk terus berkarya. Kami di Astro berasa bangga kerana dapat memainkan peranan dalam meningkatkan taraf dan kualiti produksi tempatan di samping membantu perkembangan persada seni tanahair,” ujar En Zainir lagi.
Untuk bulan November, Astro Ria dengan bangganya membawakan RonaRoni Makaroni – sebuah drama komedi romantik bersiri lakonan hebat Sharifah Amani dan Bront Palarae serta pelakon yang sedang meningkat nama seperti Dira Abu Zahar, Isma Yusoof dan Wan Sharmila. Tayangan drama bersiri Ronaroni Makaroni pasti akan membuat para penonton terus melekat menonton saluran Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam bermula 27 November 2008 ini.
Drama ini mengisahkan tentang kisah percintaan tiga segi di antara Roni, Rona dan Gia. Roni; lakonan Bront merupakan seorang pemilik dan tukang masak sebuah restoran Perancis yang terletak di Kuala Lumpur dan mempunyai seorang kekasih bernama Gia yang dikenalinya semasa mereka berdua menuntut di Peranchis dahulu.
Sementara Rona pula, ialah seorang gadis yang berasal dari kampung dan merantau ke ibukota semata-mata mahu mencari bapanya. Takdir telah menemukan Rona dan Roni sehingga memulakan sebuah episod baru dalam hidup Rona. Pelbagai gelagat komedi lakonan hebat para pelakon dapat dilihat melalui drama bersiri yang berlatarbelakangkan sebuah restoran makanan Perancis di Kuala Lumpur. Apakah kesudahan hubungan di antara Rona, Roni mahupun Gia?
Selain Ronaroni Makaroni, saluran nombor satu di kalangan kanak-kanak Malaysia yang mengetengahkan kandungan tempatan bersesuian dengan golongan sasarannya untuk terus kekal ceria sebagai saluran kanak-kanak terbaik; Astro Ceria tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan drama terbaiknya menerusi kempen Astro Megadrama pada kali ini. Pada bulan November ini, Astro Ceria dengan bangganya membawa drama bersiri Kapten Boleh untuk tontonan seisi keluarga yang akan bersiaran pada setiap hari Sabtu, jam 12.00 tengahari pagi bermula 22 November 2008 ini.
Kapten Boleh mengisahkan tentang Awie, seorang lelaki yang dilahirkan dengan memiliki pelbagai kuasa luar biasa yang berubah-ubah pada setiap masa. Awie merupakan seorang yang baik hati tetapi keletahnya yang cuai telah memaksanya untuk menjadi superhero yang menyelamatkan pelbagai bencana dunia dengan bantuan tiga sahabatnya yang cilik; Aiman, Fatin & Ijam. Keadaan semasa selalu dikucar-kacirkan oleh Profesor Mamat yang sentiasa menentang dan ingin menakluki dunia. Bagi menjalani kehidupan yang normal, Awie memandu teksi bagi mencari nafkah di samping menyelamatkan dunia dengan kuasa luar biasanya.
Drama bersiri Kapten Boleh ini padat dengan aksi-aksi mendebarkan dan melucukan terutama sekali apabila kuasa Awie akan hilang dengan tidak semena-mena apabila mendengar perkataan ’Alamak!’. Tambah melucukan lagi apabila Awie sering kali akan menggunakan khidmat nasihat dari rakan-rakannya yang jauh lebih muda tentang penggunaan kuasanya.
Kapten Boleh dibintangi oleh Ako Mustapha sebagai Awie, Adi Iskandar sebagai Aiman, Puteri Khareeza sebagai Fatin, Muhammad Daniel sebagai Ijam, Azman Mohd Hassan sebagai Profesor Mamat dan Alfred Loh sebagai Aswadi.
Selain dari dua buah tajuk drama hebat yang disenaraikan ini, beberapa buah telemovie hebat juga telah dijadual ditayangkan secara bergilir-gilir bagi memberi kepuasan menonton yang maksima di saluran Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Jumaat, jam 10.30 malam. Telemovie-telovie tersebut ialah Bisikan Azazil (7 Nov), Popular (14 Nov), Hans M (21 Nov) dan Impian Zahnita (28 Nov).
Selain itu, Astro Ceria juga tidak ketinggalan untuk menayangkan musim kedua bagi Hikayat Putera Shazlan yang akan bersiaan pada setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi bermula 16 November 2008.
Bagi saluran yang diberi nafas dan wajah baru dengan menyediakan kandungan-kandungan tempatan khusus disasarkan untuk tontonan penonton-penonton Melayu seisi keluarga, Astro Prima (saluran 105) pula sedang rancak menghiburkan para penonton pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam melalui slot Inspirasi P.Ramlee seperti Senandung Malam (16 Nov), Misteri Penarek Becha (23 Nov) dan Sonata Labu Labi (30 Nov).
Teruskan menonton barisan drama-drama hebat yang telah disusun melalui Kempen Astro Megadrama bulan November!
Syamila mengaku sudah berkahwin
Isma dan Nani