in

Chef Wan Terjatuh Otot Cedera

Chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengalami kecederaan pada otot paha kanannya selepas tergelincir semasa mengendalikan kelas memasak di Malaysian Women Weekly Cookery Club pada Sabtu lalu.

Chef Wan berkata, kejadian berlaku apabila dia terpijak minyak masak yang tumpah di lantai dan lupa dilapkan oleh pembantunya.

Budiey & Chef Wan

“Kadang-kadang kejadian yang berlaku tanpa kita duga kerana terlalu sibuk fokus pada masakan sehingga terlupa tentang keselamatan. Alhamdulillahlah keadaan saya tidak terlalu serius cuma otot pada bahagian paha koyak sedikit akibat kejadian itu dan saya hanya perlu banyak berehat buat masa ini,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, akibat kejadian itu pahanya telah membengkak dan beliau terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

“Saya ni seorang yang tidak reti untuk duduk diam dan apabila perlu menggunakan tongkat untuk berjalan saya rasa kekok. Tetapi nasihat doktor perlu dipatuhi yang mengarahkan saya supaya perlu berehat selama enam minggu sebelum kembali bekerja,” ujarnya.

Mengakui tidak mahu terlalu memanjakan diri yang sakit, Chef Wan memberitahu, dia tetap melakukan pelbagai aktiviti bagi mengelakkan dirinya bosan ketika di rumah.

“Saya banyak membuat menu baru dan beberapa aktiviti lain yang tidak perlu melibatkan pergerakan yang banyak supaya tak bosan,” katanya.

Sementara itu, Chef Wan berkata, dia juga terpaksa menyusun semula jadualnya terutama sekali untuk rakaman program masakan bagi bulan Ramadan yang telah dipersetujui sejak awal dan beberapa kemunculan lain di luar negara.

Beliau bernasib baik kerana semua pihak memahami keadaannya kini dan sanggup menukar jadual tersebut sehingga dia pulih sepenuhnya. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Jawap Isu Tuduhan Penipu & Peniru

Ady Putra Sah Fail Cerai