in

Zahida Tolak Semua Dakwaan Bekas Pemandunya

Zahida Tolak Semua Dakwaan Bekas Pemandunya

Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang menteri kabinet, Zahida Rafik sekali lagi menafikan mempunyai hubungan dengan VIP tersebut seperti mana dakwaan pemandunya, Noor Azman Azemi.

Zahida turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenali Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selain menganggap Noor Azman sebagai seorang pembohong.

zahida rafik

Zahida Rafik

“Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri? Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. Biarlah peguam saya yang mengendalikannya. Kita tunggu sahajalah,” katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Sementara itu dalam satu sidang media anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan pada tengah hari Rabu, Noor Azman, 38, mendakwa hubungannya dengan Zahida menjadi tegang selepas dia membuat pendedahan itu.

Noor Azman mendakwa, dia telah bermasam muka dengan Zahida beberapa bulan sebelum meletak jawatan iaitu pada 29 Februari lalu selepas dia pernah bertindak melaporkan kepada Shafie perbuatan Zahida yang mempunyai hubungan dengan lelaki muda.

“Ketika saya bekerja dengannya, perasaan saya amat tertekan selain berasa tidak selesa,” katanya di ibu pejabat parti itu di sini, Rabu.

Turut hadir penyanyi tahun 1990-an, Dayangku Intan yang juga ahli PKR.

Noor Azman sebelum ini dituntut membuat laporan polis yang mengatakan Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim selama beberapa tahun dan dia telah dibayar oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.

Beliau juga mendakwa turut menerima wang di antara RM100,000 dan RM200,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida.

Noor Azman meletakkan jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari lalu dan membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000 kononnya milik Zahida.

Menteri berkenaan yang telah berkahwin dengan Datin Seri Shuryani Shuaib dan memiliki enam orang anak telah menafikan dakwaan yang dibuat Noor Azman.

Terdahulu, peguam Zahida, Datuk Shafie Abdullah telah menghantar surat saman kepada Noor Azman dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan memfitnah.

Peguam Noor Azman iaitu Latheefa Koya yang juga Ketua Biro undang-undang PKR pula berkata, parti itu menuntut Zahida dan Shafie menjelaskan dari manakah jumlah wang yang diperkatakan itu diperolehi. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini Geli Hati Tuntutan Suami Macam Budak-Budak

Zatul, Caroline & KJ Bertarung di Konsert Kumpulan B Mentor 6