in

Kat Hassan Lancar Album Sulung Berjudul MENGGODA

Pada hari Selasa, 15 Mei lalu, Kat Hassan telah selamat melancarkan album sulungnya di Hard Rock Cafe. Congrats beb! Lama betul kita tak jumpa kan?

Budiey nak ucapkan sekalung tahniah kepada Kat kerana telah berjaya akhirnya mengeluarkan sebuah album berjudul MENGGODA. Album ini telah pun berada di pasaran.

Jadi, kepada peminat Kat, jangan lupa untuk mendapatkan cd album kat ini kerana lagu-lagunya sungguh menggoda sekali. Ye lah, tajuk album pun dah pun menggoda, mestilah lagu-lagunya pun menggoda kan?

KAT HASSAN

Yang penting, album terbitan syarikat produksinya sendiri, Kat Entertainment ini memuatkan lima buah lagu iaitu Chiki, Hilang, Menggoda, Senjakala dan Lepaskan. Segala penat lelah selama dalam 6 tahun penantian akhirnya berbayar sudah.

Korang ingat senang ke nak buat satu album penuh macam ni? Susah tau. Kos puluh ribu riban kena keluar dan laburkan. Peminat senang-senang nak gi dunload kat internet, apa kes?

Di sidang media, penyanyi yang dicungkil dari program Mentor musim kedua pada 2006 ini mengakui pernah mengalami depression atau kemurungan yang amat sangat kerana tak yakin untuk memulakan kerjaya nyanyian.

Kat yang kini dah berusia 25 tahun sangat kecewa kerana dia berasakan seolah-olah tidak mempunyai peluang untuk bergelar artis rakaman.

“Tiga tahun pertama selepas saya menyertai Mentor 2 adalah tempoh yang menyakitkan. Saya murung dan sedih kerana berasa seperti tiada harapan untuk berkembang sebagai penyanyi profesional. Ketika itu saya pernah terfikir apa yang patut dilakukan untuk maju ke hadapan namun saya buntu untuk memulakan kerjaya.”

Kat atau nama sebenar Siti Khatijah Hassan berterima kasih kepada keluarganya atas sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap potensi dirinya.

“Saya bersyukur kerana ibu bapa, kakak saya iaitu Nourish dan abang ipar Amy (Search) sentiasa memberikan semangat untuk saya terus berusaha mencapai impian bergelar penyanyi. Daripada situ saya berusaha mengumpulkan wang dengan berlakon dan menerima sebanyak mungkin persembahan pentas untuk menerbitkan album sendiri.”

Bercerita mengenai album yang mengambil masa selama enam tahun untuk dihasilkan ini, Kat berkata proses tersebut memakan masa yang lama kerana faktor kewangan.

“Saya perlu mengumpulkan duit untuk menerbitkan album sendiri. Sebab itu selama enam tahun saya sepi daripada publisiti kerana sibuk dengan lakonan dan persembahan pentas di merata tempat. Untuk album ini, saya perlu kumpulkan lagu-lagunya secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan. Ia mengambil masa yang lama kerana saya mahukan sebuah album yang terbaik dan istimewa, berbaloi dengan penantian peminat.” – via Mstar Online

Turut disertakan adalah cakera digital versatil (DVD) yang mengandungi klip video Chiki dan Hilang.

Album ini sudah berada di pasaran sejak 17 April lalu edaran Warner Music Malaysia.

KAT HASSAN

Ini wajah Kat dua tahun lepas di mana Kat ada berlakon dalam sebuah drama.

Kat Mentor

Kat Mentor

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zatul, Caroline & KJ Bertarung di Konsert Kumpulan B Mentor 6

Aaron Aziz Bakal Guna Pengawal Keselamatan Di Rumah