in ,

Gambar Ako Mustapha Bersama Tunang Kartina Abdullah di ASK 2008

Huhu, mungkin dah tiba musim selebriti kita mengawan kot… banyak betul selebriti yang dah bertunang dan akan berkahwin. Tapi Budiey rasa kesal dalam pada kemeriahan itu ada gak artis kita yang nak bercerai berai dengan pasangan. Mmm, jodoh dan ketentuan itu di tangan Tuhan, kan?

Ok sebelum itu, Budiey nak promote satu website rasmi yang memaparkan foto-foto sekitar pernikahan Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari. Kepada korang yang nak tengok gambar mereka, silalah ke:

http://www.bashinlove.com 

(Aishah Sinclair la ni yang beria-ia minta tolong Budiey promote kat korang… hehehe Thanks Aishah!)

Ok, kembali kepada topik kita hari ini… Budiey nak ucapkan tahniah kepada bekas kekasih Jue Aziz iaitu Ako Mustapha kerana telah selamat bertunang dengan pengurusnya bernama Kartina Abdullah pada bulan lalu.

Khabarnya, Kartina yang berasal dari Sabah ini dulunya beragama Kristian dan telah memeluk Islam menjalinkan hubungan cinta dengan Ako. Kartina terpikat dengan sikap gentlemen, baik hati dan saling menghormati dari Ako. Diam-diam je diorang ni bertunang. Tak cakap kat reporter pun.

Kartina juga merupakan pengurus kepada Ako Mustapha. Khabar yang datang ke telinga Budiey, Ako Mustapha akan berkahwin dengan Kartina pada bulan Januari 2009. Tahniah bro! Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Sepadan. Deeply in love ya.

Ako kelihatan lebih berisi

Sama cantik sama padan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jadual Promosi Pelancaran Album Afgan Syah Reza di Kuala Lumpur Malaysia

Peraduan Jom Menonton Filem Madagascar Escape 2 Africa