in

Idea Budiey Untuk Bantu Yuna Selesaikan Project Sparkle

Masih ingat lagi tak dengan entri Jom Tolong Yuna Buat Video SPARKLE Dengan Samsung Galaxy Note yang Budiey siarkan tak lama dulu? Haa, pada yang tak tahu atau tak faham lagi apa dia Project Sparkle dari Yuna Zarai ni, bolehlah klik link tadi ya.

Lebih kurang macam ni la ya, citer sini habis sini la ya, Yuna nak minta bantuan korang semua untuk cari idea yang kreatif ni untuk buat video klip terbaru Yuna berjudul Sparkle. Dalam bahasa Melayu, kiranya lagu ni berjudul Sinaran la eh? Lagu ni first time Budiey dengar memang rasa soul dan ‘aroma’nya.

Sekarang, time-time hujung minggu macam ni, idea yang bernas susah bebenor mahu datang, mahu botak gak kepala fikir ni. Korang pulak macamana? Dah ada idea untuk video klip terbaru Yuna ni?

Lama jugak Budiey fikir macamana nak jadikan video klip Yuna ni nampak gempak dan lain dari yang lain. Mahu idea yang sesuai, kenalah dengar lagu Sparkle ni berulang-ulang kali.

Okay… fikir punya fikir, perah punya perah, datang la idea yang tak seberapa ni. Harap-harap, idea ni dapat berikan inspirasi atau idea untuk Yuna… itu pun kalau Yuna sudi nak ambik idea Budiey ni.

Idea Budiey ni berdasarkan kepada tema yang diberikan iaitu Beauty & Dreams.

Dalam bahasa kita bermaksud… Kecantikan dan Impian…. bagaimana anda akan terjemahkan konsep atau tema ini kepada sebuah video klip? Itu persoalan utamanya yang menjadikan idea anda itu unik dan menarik. Jangan buat semberono je atau ikut suka hati je.

Okaylah, jangan penatkan otak untuk berfikir berat-berat pasal tema yang diberikan. Kita ringankan otak kita untuk terjemahkan apa itu ‘Kecantikan’ dan apa itu ‘Impian’, lalu kita boleh salurkan makna itu dalam video Sparkle. Senang citer!

Bagi Budiey, kecantikan itu satu anugerah dari Tuhan dan harus dihargai dan disyukuri. Kecantikan datang dari hati dan apa yang penting di sini ialah, kecantikan tidak boleh dijadikan kayu pengukur dalam menilai hati budi seseorang. Betul tak?

Budiey rasa, Budiey nak terjemahkan melalui tulisan je kot… tapi kalau korang ada video dan gambar, rasanya lagi bagus kot.

Ini antara contoh yang korang boleh salurkan idea korang tu untuk Yuna tengok…

Langkah Satu:

Samsung

Langkah Dua:

Samsung

Langkah Tiga:

Samsung

Dreams atau impian pula… apa yang kita cita-citakan selama ini. Impian biasanya adalah satu yang kita belum capai dan akan capai sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Bercakap pasal impian ni, Budiey teruja sangat-sangat nak tengok hasil muzik video Sparkle ini di mana Budiey diberitahu, Yuna akan menayangkannya buat pertama kalinya secara eksklusif kepada Budiey dan rakan media yang lain pada 21 Mei ini. Pergh! Budiey tak sabar nak tengok idea Budiey ni diletakkan dalam muzik video Sparkle. Hahaha, idea tak seberapa kompem Yuna takkan ambik punya. Tapi tak pelah, sekurang-kurang Budiey dah tolong Yuna.

Walaupun idea Budiey ni taklah seberapa pun, yang penting, Budiey dah cuba hantar cadangan ini. Semoga Yuna berpuas hati dengan idea Budiey. Sengkek betulkan? Hantar idea cuma dengan tulisan. Budiey rasa, idea paling berkesan ialah dengan merakam video.

Jadi apa pula pendapat anda tentang kedua-dua tema kali ini? Cadangkanlah untuk Yuna. Apa tunggu lagi ni? Submit jangan tak submit pulak.

Ya, sekarang! Klik Project Sparkle.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

P1 says TRY ME at Half Price

Review The Villas Sunway Resort & Spa