Brad Pitt dan Chow Yun Fat Temui Penonton TV2 Khas Raikan Hari Wesak
Dua filem Inggeris hebat ditayangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas meraikan Hari Wesak menerusi saluran TV2 yang menampilkan kemunculan aktor-aktor hebat antarabangsa, Brad Pitt dan Chow Yun Fat dalam filem Seven Years In Tibet dan The Replacement Killers pada 5 Mei ini.
Slot Saturday Matinee menghiburkan penonton seisi keluarga menerusi filem Seven Years In Tibet, jam 2.00 petang arahan Jean-Jacques Annaud. Filem yang membariskan bintang terkenal Brad Pitt, David Thewlis, BD Wong dan Mako ini mengangkat kisah benar pendaki gunung bernama Heinrich Harrer, lelaki Australia yang berkawan dengan budak lelaki dikenali sebagai Dalai Lama pada masa China telah diambil alih oleh Tibet pada tahun 1944 dan 1951 semasa Perang Dunia Kedua.
Filem ini mengisahkan watak Heinrich Harrer dan Peter Aufschnaiter, pendaki gunung di utara India. Dengan permulaan Perang Dunia II pada tahun 1939, mereka tanpa diduga dipenjarakan oleh British kerana kewarganegaraan Jerman mereka. Pada tahun 1944, Harrer dan Peter Aufschnaiter melarikan diri dan menyeberangi sempadan ke Tibet.
Sebaik tiba di Tibet, mereka diarahkan pula untuk kembali ke India. Kehadiran mereka dialu-alukan di kota suci Lhasa dan mereka belajar cara hidup yang asing. Harrer diperkenalkan kepada Dalai Lama, seorang budak lelaki dan menjadi salah seorang tutor kepadanya. Ketika itu juga Heinrich menjadi teman rapat pemimpin spiritual muda. Harrer dan Aufschnaiter menginap di negara ini sehingga pencerobohan Cina pada tahun 1950.
Lalu bagaimanakah kesudahannya? Sebelah malamnya, jam 10.30 malam saksikan plot menarik dalam filem The Replacement Killers menampilkan lakonan hebat Yun-Fat Chow, Mira Sorvino dan Michael Rooker.
Filem arahan Antoine Fuqua ini mengisahkan watak seorang pembunuh upahan, John Lee lakonan Chow Yun-Fat. Dia telah diupah oleh lelaki berpengaruh dikenali sebagai Wei (Kenneth Tsang) untuk membunuh yang anak kepada seorang polis berusia 7 tahun kerana ingin membalas dendam terhadap polis itu, Stan Zedkov (Michael Rooker) yang membunuh anak Wei dalam satu serangan.
Namun dia tidak sampai hati untuk bertindak sekejam itu. Wei bertindak balas dengan mengancam keluarga Lee yang kembali di China. Dia kemudiannya mengupah pembunuh lain untuk meneruskan misi membunuh kanak-kanak itu.
Terdesak untuk kembali dan melindungi keluarganya, Lee mengupah Meg Coburn (Mira Sorvino) untuk menyediakannya pasport baru untuknya tetapi orang-orang Wei mengesan mereka dan menembak pejabatnya sebelum dia sempat berbuat apa-apa.
Ketika itu mereka tiada pilihan lain selain daripada cuba menyelamatkan diri daripada pembunuh upahan dan polis yang cuba menjejak mereka.
Luangkan masa senggang anda meraikan sambutan perayaan Wesak ini dengan filem-filem hebat Inggeris hanya di TV2.