Masih jelas terpahat dalam ingatan ni tatkala kali pertama menjejakkkan kaki di Kota London. Masa tu, Budiey ke sana untuk menonton persembahan Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Royal Albert Hall London. Memang manis sungguh kenangan itu sehingga penerbangan selama 13 jam ke sana seperti 2 jam dirasakan. Sangat teruja menonton persembahan Siti Nurhaliza dan rasa seronok tahap fantastik yang amat bila dapat jalan-jalan cari makan dan melihat tempat menarik kat London.
Kali kedua ke England baru-baru ini, Budiey hanya ke Manchester. Oleh kerana masa sangat mencemburui dan sangat suntuk, memang tak sempat nak singgah di Kota London. Tak tahulah bila pulak peluang untuk melancong ke sana lagi.
Tatkala merindui saat-saat manis di Kota London, Budiey ada terbaca tentang satu peraduan yang dianjurkan oleh Samsung iaitu www.samsungglobalblogger.com di mana pemenangnya akan dihantar ke London untuk menyaksikan Sukan Olimpik. Pergh! Baca punya baca peraduan ni, Budiey rasa ini peluang keemasan untuk ke London buat kali kedua.
Nah, Budiey rasa panggilan ni bukan untuk Budiey sahaja ya tapi untuk anda yang suka menulis blog, terutama sekali yang suka jalan-jalan cari makan, photografer, suka rakam video, suka update twitter & Facebook 24 jam dan sangat berminat untuk menyertai program ini. Ya, peraduan ini sesuai untuk anda!
Samsung selaku Rakan Penaja Olympic Antarabangsa untuk Peralatan Komunikasi Tanpa Wayar telah mengajak semua untuk menyertai peraduan ini. Budiey difahamkan seramai 100 orang blogger akan dipilih untuk diterbangkan ke London untuk merasai dan berkongsi pengalaman istimewa kepada pembaca.
Pasti ramai yang nak tahu macamana nak join peraduan Samsung Global Blogger ini. Okay, caranya sangat senang di mana anda cuma diminta untuk menghantar video berdurasi selama 30 saat dalam bahasa Inggeris dengan cara yang kreatif dan menarik. Mana tahu, dengan hanya video yang terbaik dari anda ini melayakkan anda ke London untuk merasai kenangan terindah menyaksikan sukan terbesar dalam sejaran ini.
Kemudian, hantarkan video anda itu secara online melalui global digital platform MSN iaitu www.samsungglobalblogger.com.
Okay, tarikh tutupnya 29 April 2012. Haaa, kalau nak ikutkan hari ni dah 20 April, maknanya ada lagi 10 hari. Jadi, baik korang hantar cepat-cepat sebelum terlambat ya.
Untuk lebih senang lagi, apa kata korang tonton video promo dari Jamie Oliver, seorang tukang masak bertaraf selebriti terkenal ini. Eh, lagi satu, dia bukan calang-calang orang ya, Jamie Oliver ni sebenarnya telah dilantik sebagai Duta Samsung untuk Sukan Olimpik 2012. Sah-sahlah pemenang juga dapat berjumpa dengan Jamie Oliver nanti. Bukan itu sahaja, mana tahu, anda juga berpeluang untuk bertemu dengan selebriti lain kat sana.
Pemenang akan berkongsi pengalaman peribadi mereka di laman www.samsungglobalblogger.com, www.samsung.com dan melalui blog, twitter, Facebook.
Budiey pun nak join peraduan ni, jadi nak tak nak kena gak buat video 30 saat ni dalam bahasa Inggeris. Mana tahu la kan, dapat pulak ke London dan dapat tengok acara sukan Olimpik dengan Adele? Heheh Siapa sangka kan?
Jadi, jom lekas-lekas lah kita join peraduan ini, selagi masa masih ada ni.