Suki! Faizal Tahir! Ayu! Shila! Siapa yang tidak kenal dengan kesemua nama-nama besar ini yang telah dilahirkan dari program realiti hit One In A Million dan melakar nama di persada muzik tanahair. Bersedialah sekali lagi untuk menyaksikan drama, konflik dan perjalanan keseluruhan peserta dalam One In A Million yang akan menampilkan bakat baru di musim yang ketiga ini.
Persembahan Ayu memulakan sidang media
Kehangatan One In A Million kali ketiga ini akan bermula pada 15th November 2008 apabila uji bakat yang pertama akan dijalankan serentak di Kota Kinabalu dan Kuching!
Pertandingan realiti nyanyian One In A Million yang telah berjaya diterima baik oleh penonton setia ini akan kembali menawarkan hadiah lumayan berbentuk wang tunai berjumlah RM1, 000, 000 kepada juara baru musim ketiga seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Encik Ahmad Izham Omar.
Awal Ashaari dan Marion Caunter pengacara OIAM
Dalam dua musim yang lalu, program realiti pencarian bakat ini telah berjaya memikatkan perhatian penonton-penonton, membangkitkan kritikan-kritikan dan juga kepada pihak media kerana konsepnya yang asli dan menarik dalam pencarian bakat baru yang tulen dan bakal bersinar.
Selain tawaran hadiah wang tunai RM 1, 000, 000, One In A Million juga menampilkan kelainan apabila membenarkan penonton-penonton mengundi masuk atau keluar peserta-peserta.
Kata Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV:
“Berdasarkan kejayaan dan statistik musim-musim yang lalu, One In A Million bukan sahaja telah membuktikan ia sebuah rancangan khas terbitan 8TV untuk penonton setianya malah mampu menarik sejumlah penonton lain meyaksikan slot program ini kerana menampilkan program berkualiti dalam pencarian bakat dengan berani dan kreatif. Musim ini akan menjadi lebih menarik dengan barisan juri yang mantap dan tegas. Untuk terus memberi kualiti terbaik demi rancangan ini, kami berharap dapat mencari bakat-bakat baru yang mengikut kriteria untuk menjadi pemenang di dalam pertandingan, menambahkan lagi intensiti saingan.”
Siri beberapa ujibakat akan mencari bakat sebenar seorang bintang yang bukan hanya boleh menyanyi. Musim ini, penerbit-penerbit akan memilih peserta-peserta yang berkualiti di peringkat ujibakat setiap negeri untuk diterbangkan ke Kuala Lumpur menemui juri utama yang seterusnya disaring menjadi 80 orang sahaja untuk ke peringkat seterusnya. One In A Million benar-benar ingin mencari kualiti bintang yang boleh bersinar dan diketengahkan untuk meningkatkan industri muzik Malaysia.
Pencarian penyanyi sensasi Malaysia bermula dengan sesi uji bakat yang akan diadakan di beberapa tempat utama seluruh negeri. Menyedari akan ramai bakat diluar sana yang belum dicungkil, One In A Million memberi peluang yang lebih besar kepada peserta-peserta Malaysia yang berumur diantara 16 hingga 32 tahun untuk turut serta.
Konsep unik One In A Million juga menerima pemohonan dari sesiapa sahaja; walaupun anda sudah bergelar penyanyi, anda tetap layak!
Ini yang telah membezakan One In A Million daripada rancangan pertandingan realiti lain – One In A Million lebih tekanan dan sengit.
One In A Million – Uji bakat Musim 3 bermula dari jam 9.00am – 3.00pm di:
Kota Kinabalu, Sabah – Imperial International Hotel, 15/11 (Sabtu)
Kuching, Sarawak – Merdeka Palace Hotel & Suites, 15/11 (Sabtu)
Johor Bharu, Johor – The Puteri Pacific, 22/11 (Sabtu)
George Town, Penang – Sunway Hotel, 22/11 (Sabtu)
Kuala Lumpur – Berjaya Times Square, 29/11 (Sabtu)
Kuala Lumpur – Berjaya Times Square, 30/11 (Ahad) – sesi penjurian utama
Kuala Lumpur – Berjaya Times Square, 1/12 (Isnin) – sesi ujibakat untuk artis
Untuk menambahkan lagi kehangatan dan debaran siri One In A Million, pihak 8TV menjanjikan Siri Penjelajahan di lokasi uji bakat dengan menampilkan persembahan dari finalis-finalis pada musim-musim lalu seawal dua minggu sebelum siri ujibakat dilakukan.
One In A Million – Jadual Sesi Jelajah Musim 3:
1st November – Kota Kinabalu, Centre Point (Artist – Ayu, Alif, Mark)
1st November – Kuching, Tun Jugah (Artist – Suki, Iz, Abs)
8th November – Johor Baru, City Square (Artist – Ayu, Suki, Alif, Mark, Tiara)
9th November – Penang, Prangin Mall (Artist – Suki, Alif, Mark, Iz, Tiara)
15th November – Kuala Lumpur, Berjaya Times Square (Artist – Ayu, Suki, Iz, Mark, Alif, Tiara)
Di musim ketiga ini, rakan penaja baru iaitu Strepsils tampil memberi sokongan. Formula Strepsils yang telah dikenali dan dipercayai berkesan untuk memberikan kelegaan terhadap masalah tekak dan suara amat bersesuaian dengan genre program One In A Million ini.
Kata Cik Karin Chan, Pengurus Jenama Strepsils:
“Strepsils berbangga menjadi salah satu rakan penaja untuk One In A Million musim ketiga ini. Antara masalah besar seorang penyanyi sudah tentu mengenai penjagaan suara. Pesrta-peserta perlu banyak melakukan latihan suara untuk persembahan dan dari sini Strepsils memberikan kelegaan dan penjagaan dari masalah sakit tekak dan kehilangan suara.
“Peserta- peserta One In A Million sudah tentu dapat mengalunkan suara dengan lebih yakin ketika menghadiri sesi ujibakat dan pertandingan akan datang di samping dapat mengatasi dan mengelakkan masalah tekak disepanjang musim pertandingan.” Tambah Karin lagi.
Wajah dan nama yang tidak asing lagi melalui lagu-lagu klasikal dan kontemporari Syafinaz Selamat dan penerbit/penulis/pengubah terkenal, Paul Moss kembali untuk menjadi juri musim ketiga One In A Million di 8TV.
Manakala personaliti TV dan pelakon Awal Ashaari bersama dengan yang selebriti cantik Marion Caunter juga sekali lagi diberi kepercayaan menjadi perantara kepada peserta-peserta dan penonton-penonton di rumah. Ini merupakan kali ketiga Awal dan Marion mengacara One In A Million.
Untuk maklumat lanjut, sila melayari www.8tv.com.my/oiam