in

DRAMA CAHAYA MATA NURAIN LAKONAN SAFURA YAACOB, RAISSUDDIN HAMZAH

CAHAYA MATA NURAIN PADA HARI SABTU (01 NOVEMBER 2008), JAM 08.30 MALAM DI RTM1

Dicintai dan menyintai. Setiap makhluk di muka bumi Allah ini mempunyai perasaan sedemikian, walaupun sebesar kuman. Begitulah juga naluri seorang wanita yang bernama Nurain. Nurain sentiasa berharap agar ditemukan jodoh dengan seorang lelaki yang benar-benar mengambil berat tentang dirinya, bertanggungjawab serta beriman.

Begitulah plot yang melatari drama Cahaya Mata Nurain terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (01 November 2008), jam 08.30 malam yang menemui penonton setia saluran RTM1.

Cahaya Mata Nurain mengetengahkan kehidupan seharian Nurain yang sibuk dengan kerjayanya sebagai  akauntan lalu membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang alam perkahwinan. Walaupun Nurain mempunyai ramai kawan lelaki tetapi dia merasakan tidak seorangpun yang sesuai dengannya

Hampir setiap malam Nurain membuat solat sunat Istiqarah. Dia memohon kepada Allah supaya memberi petunjuk kepadanya dalam soal mencari jodoh.

Satu hari, semasa dia sedang menaiki lif untuk ke pejabatnya, dia terserempak dengan sahabat karib bosnya Dato’ Jeffry. Nurain menyapa Dato’ Jeffry dan memperkenalkan dirinya. Tiba-tiba, Dato’ Jeffry menjadi lemah dan kelihatan seperti susah untuk bernafas. Nurain menjadi panik. Nurain tiada pilihan lain. Dia terpaksa membuat CPR (pertolongan kecemasan-pernafasan dari mulut ke mulut) sambil menjerit meminta pertolongan.

Sejak dari peristiwa itu, Dato’ Jeffry kerap ke pejabat Nurain untuk “bertemu” dengan sahabat karibnya, Dato’ Ashraf. Tetapi sebenarnya Dato’ Jeffry mempunyai niat yang lain. Tanpa disangka-sangka, maka bermulalah satu “ikatan persahabatan” antara Nurain dan Dato’ Jeffry. Nurain memohon semoga Allah beri petunjuk kepadanya. Kiranya benar Dato’ Jeffry adalah jodoh yang baik buatnya maka, permudahkanlah “persahabatan” antara mereka berdua.
 
Akhirnya doa Nurain dimakbulkan. Pertemuan yang tidak disangka-sangka dengan Dato’ Jeffry telah menyatukan mereka berdua. Namun begitu status Dato’ Jeffry yang merupakan seorang suami kepada Datin Izan telah memberi satu tamparan yang hebat buat Nurain. Nurain akur dan tabah untuk menghadapi segalanya. Kerana sudah tersurat dan tersirat bahawa Dato’ Jeffry adalah jodoh buatnya. Pelbagai dugaan yang dihadapinya, dia terima, dia redha.

Datin Izan amat kecewa apabila Dato’ Jeffry menyatakan hasratnya untuk mengambil Nurain menjadi isterinya. Walaupun hatinya berat, marah, kecewa dan benci dengan Dato’ Jeffry tetapi akhirnya, Datin Izan akur dan bersetuju tetapi dengan satu syarat, Dato’ Jeffry tidak dibenarkan bermalam dengan Nurain. Walaupun di malam pertama perkahwinannya.

Setelah Dato’ Jeffry memberitahu Nurain tentang syarat yang dikenakan, Nurain bersetuju. Nurain menghormati keputusan dan syarat yang diberi oleh Datin Izan. Maka sahlah, Nurain menjadi isteri kepada Dato’ Jeffry.

Sokongan dari sahabat karibnya Kak Siti, menguatkan semangat Nurain untuk meneruskan kehidupannya. Begitu juga dengan pertolongan dan sokongan dari anak sulung Dato’ Jeffry, Amira dan suaminya, Muhammad. Datin Izan amat kecewa dengan Amira kerana memihak kepada papanya dan isteri keduanya, Nurain.

Nurain amat bahagia dengan Dato’ Jeffry. Dato’ Jeffry merupakan seorang suami yang baik, bertanggung jawab serta beriman. Mereka menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang lain. Yang bezanya cuma, mereka tidak boleh bermalam bersama. Namun mereka amat bahagia. Lebih-lebih lagi apabila Nurain disahkan mengandung. Dato’ Jeffry dan Amira amat gembira dengan berita tersebut. Tapi tidak bagi Datin Izan.

Sebagai seorang isteri, seorang wanita, perasaan Datin Izan tersentuh apabila dia mendapat tahu yang Nurain mengandungkan anak suaminya. Kehadiran sahabat baiknya, Datin Shiqinlah meluahkan perasaannya yang kecewa. Datin Izan sentiasa menasihatinya supaya bersabar dan menerima dugaan dari Allah dengan tenang. Malah Datin Shiqin berpendapat, Datin Izan lebih bernasib baik kerana bermadu dengan seorang wanita seperti Nurain.

Bagaimanakah kesudahan jalan hidup Nurain? Mampukah dia mengharungi kehidupan mendatang dengan bahagia seperti dicita-citakan atau pun Allah terlebih dahulu menjemput ajalnya?

Cahaya Mata Nurain dibintangi pelakon hebat Safura Yaacob, Raissuddin Hamzah, Hamidah Wahab, Linda Hashim, Azman Nor, Dian P.Ramlee, Tasha Aziz dan Farah Nadia.

Jangan lupa janji temu anda menyaksikan Cahaya Mata Nurain mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (01 November 2008), jam 08.30 malam di RTM1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAJAR KINABOI PADA 01 NOVEMBER 2008 DI RTM1

DRAMA PR NANI LAKONAN YATT, INTAN AZURA, ROY AZMAN