in

Lafaz Cerai Pelik Mazidul Akmal Sidik

Pelik dan sangat pelik. Dek kerana ayat statement, “Kalau Mama datang, I ceraikan you!” menjadi punca hos program 360 di TV3, Mazidul Akmal Sidik diheret masuk mahkamah pada 20 Oktober 2008 lalu.

Personaliti TV yang berbadan gempal itu dikatakan melafazkan ungkapan itu di hadapan isterinya, Khairun Fazlin Kamaruddin (38 tahun) di rumahnya di Kota Damansara.

Sedih la jugak sebab ungkapan yang mengakibatkan perceraian ini dilafazkan pada 13 Oktober ketika sambutan Aldilfitri. Ini menyebabkan isterinya mengambil keputusan untuk mengesahkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah. Ia mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Pasangan ini berkahwin pada 21 Mei 1997. Hasil Perkongsian mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Aflif faid (10 tahun) dan Muhammad Azard (7 tahun).

Mahkamah telah menetapkan 26 November ini bagi mengesahkan kes lafaz cerai berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawaban Trivia: Jam Tangan Personaliti TV Ally Iskandar

Radio Hot FM Radio Nombor Satu di Malaysia