Selain daripada artis-artis lelaki yang sedia ada terkenal, pereka Lords Tailor juga tak lupa untuk menaja baju untuk pelakon muda yang masih hijau dalam industri hiburan. Antaranya, Afiq Muiz, Aeril Zafriel, Fadlan VIP & Azrel Ismail.
Wajah model & juga pelakon baru, Afiq Muiz ni pulak nak iras dengan wajah Shah Iskandar pun ada. Kalau nak tahu, beliau pernah join Pencarian Kacak Bergaya 2010 dan sebelum masuk ke dunia lakonan, beliau menceburi bidang peragaan. Tapi sebelum tu, dia pernah hidup susah dan suka berdikari. Seawal usia 16 tahun saya sudah mula mencari wang sendiri. Bekerja kilang ketika cuti sekolah dan berniaga burger pada waktu malam.
VIDEO BUAL SANTAI BUDIEY BERSAMA PELAKON AFIQ MUIZ PERAGA BAJU ABPBH2011
Sejujurnya berlakon tidak semudah disangka. Saya sendiri menggalami kesukaran untuk dapatkan feel dan mood. Mujur krew penerbitan banyak membantu. Menonton drama dan fi lem salah satu cara saya memperbaiki diri. – Afiq
Nama Afiq meningkat naik setelah wataknya dalam drama Ashiteru agak menyerlah walaupun sebelum ini beliau berlakon dalam drama bersiri Nilapura. Korang ada tonton kan? Amacam lakonan beliau. Ada mengancam tak?