Lama betul tak letak gambar-gambar terbaru selebriti kat sini. Maklumlah, sekarang ni Budiey sibuk dengan pindah rumah. Adoi, memang tak ada masa langsung nak berblog, ini pun curi-curi je masa ni. Harap korang bersabar ya. Lepas pindah rumah ni, Budiey akan giat aktif semula untuk memaparkan gambar terkini retis-retis Malaysia.
Siapa yang tak nak ditaja? Semua orang nak, kan? Kalau Budiey pun, kalau orang nak jahit dan taja baju, Budiey ambik je. Rezeki tu. Itulah kata-kata Azrel Ismail yang kali pertama ditaja untuk menggayakan rekaan Lords Tailor untuk dipakai di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 pada Ahad ini.
VIDEO BUAL SANTAI BERSAMA AZREL ISMAIL
Memang seronok ditaja. Oh, mungkin ramai yang masih kurang kenal dengan pelakon baru ini ya. Budiey pun baru kali kedua bertemu dengan beliau. Kali pertama masa ke Kuching bersama rombongan artis ke sana untuk promo ABPBH dan kali kedua masa penyerahan baju tajaan baru-baru ini. Memang kelas lah.
Tak kenal dengan beliau. Ish ish, Budiey rasa setiap hari muka Azrel ni terpampam di Berita Harian. Apa taknya, beliau kan jadi model untuk iklan promo ABPBH untuk tahun ini. Yang Budiey dapat cam, Azrel ni muka dia saling tak tumpah macam Remy Ishak. Ramai yang tersalah anggap. Hahaha…
Budiey sempat menemubual Azrel yang kalau korang perasan dia ada berlakon dalam drama yang sekarang ini sedang hangat ditayangkan di TV3 iaitu drama Cinta Buat Emelda. Azrel memegang watak sebagai kawan baik kepada watak Fizo Omar. Korang ingat tak? Haaa… kalau nak tahu kena tonton drama ni. Budiey pun layan gak la setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.
Ini dia Azrel bersama kad jemputan VIP ABPBH yang direka khas, tengok siapa lelaki kat dalam kad jemputan ni. Haa, itulah Azrel.