in

Super Spontan

Selepas berjaya mencetuskan fenomena baru dalam industri lawak tanah air menerusi program Maharaja Lawak serta Maharaja Lawak Mega tidak lama dahulu, Astro Warna selaku satu-satunya saluran komedi di Malaysia dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi Pertandingan Komedi Improvisasi Berkumpulan Terhebat iaitu “SUPER SPONTAN” yang mana para peserta bakal membuat persembahan di atas pentas secara bersahaja dan spontan untuk merebut gelaran juara berdasarkan situasi yang diberikan.

Program ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Saluran 132 pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam bermula 30 Mac ini.

Antara barisan artis yang bakal terlibat dengan program ini termasuklah Johan, Zizan, Daphne Iking, Suhaimi Yusof, Riezman Khuzaimi, Zahid, Tauke, Rahim R2, Bell Ngasri, Cat Farish, Sathiya, Ropie Cecupak, Rashid Salleh, Afdlin Shauki, Adibah Noor, Reza Zainal Abidin serta ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Desperate Housewives Season Finale di 8TV

Suria KLCC Invites All To Earth Hour 2012 Celebration