in ,

Lipton Lancarkan Kempen Jom Teh Tariklah

Lipton ‘menarik’ warga Malaysians mengimbau asal-usul mereka

Apakah yang membentuk seorang warga Malaysia sejati? Seorang warga Malaysia dikenali dengan beberapa ciri-ciri, salah satu daripadanya adalah melalui cara beliau bertutur dan bagaimana ekspresi “lah” seringkali mewarnai perbualan. Satu persamaan yang mengeratkan mereka adalah minat terhadap makanan serta minuman kebangsaan tidak rasmi, iaitu teh tarik.

Lipton

Mengambil inspirasi daripada ciri serta tabiat unik yang tertanam di dalam setiap warga Malaysian, Lipton, jenama teh No. 1 di dunia, melancarkan satu-satunya kempen “Aku Bangga Menjadi Anak Malaysia. Jom Teh Tariklah” hari ini, sempena pelancaran sejenis minuman segera 3-dalam-1 baru, Lipton Teh Tarik.

Kempen ini menyerlahkan tingkah laku biasa namun lucu warga Malaysia melalui satu siri webisodes di mana Lipton Teh Tarik dijadikan minuman pilihan di perhimpunan sosial bagi warga Malaysians pada bila-bila masa, di mana sahaja – di rumah atau di pejabat.

Secara asasnya, misi kempen adalah untuk memperkasakan warga Malaysia untuk menerima identiti Malaysia mereka yang tersendiri dengan menikmati secawan Lipton Teh Tarik.

Lipton

Hugo Verkuil, Pengarah Pemasaran, Malaysia dan Singapura, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd. berkata,

“Sebagai seorang ekspatriat di Malaysia, saya telah berpeluang memerhatikan pelbagai keunikan tingkahlaku warga Malaysia. Saya dapati warga Malaysia lazimnya peramah dan mesra, dan mereka benar-benar menikmati kehidupan. Makanan adalah intipati persahabatan dan keceriaan mereka. Saya masih ingat pertemuan pertama saya dengan teh tarik. Hakikatnya, saya begitu terpegun dengan idea menarik teh di mana saya berpendapat bahawa mengubah secawan teh biasa menjadi begitu enak dan berperisa adalah satu idea yang unik. Inilah minuman sejati Malaysia, kata hati saya. Pasukan Lipton mula mencari resipi teh tarik terbaik yang kaya dengan perisa dan lembut, namun menepati citarasa semua warga Malaysia serta mengekalkan keaslian adunan tersendiri Lipton. Kajian kami selama dua tahun telah membuahkan hasil akhirnya – rumusan unggul kami adalah ‘dua kali ganda lebih kuat’ pada pandangan kami!” sambung beliau.

Hakikatnya, teh tarik boleh ditemui di semua kediaman dan pejabat di Malaysia. Ia adalah minuman pilihan pertama untuk sarapan pagi, sewaktu menonton bola, begitu sesuai untuk mengakhiri suatu hari yang sibuk atau dinikmati sewaktu melepak bersama teman-teman.

Teh Tarik Pack

Poster

Maka, demi meraikan semangat anak Malaysia, kempen Lipton hari ini dipertingkatkan dengan memperkenalkan satu siri enam-webisode. Siri webisode ini menyediakan platform untuk mengetengahkan enam perilaku Malaysia yang tersendiri dan unik. Disuntik dengan humor, webisodes ini melibatkan perilaku biasa warga Malaysia yang lazimnya dapat diperhatikan.

Bermula hari ini, satu treler yang mengandungi kemuncak webisode akan disiarkan di laman Facebook peminat Lipton Malaysia dan YouTube.. Sebuah webisode baru akan disiarkan setiap hari Isnin memaparkan tingkah laku yang dikenali semua warga Malaysia. Sebuah webisode berjudul “Malaysia’s Public Holiday”, dilancarkan hari ini.

Kesemua enam webisode akan disediakan di laman Facebook peminat Lipton Malaysia, di https://www.facebook.com/LiptonMalaysia.

Dalam usaha untuk menyatukan mereka yang bersependapat, Lipton telah melancarkan sebuah laman Facebook buat para peminat. Selain daripada berkongsi pelbagai aplikasi yang direka untuk menarik minat dan berhubung dengan para peminat, laman Facebook peminat Lipton Malaysia juga bertujuan menyediakan saluran komunikasi buat para peminatnya.

Lipton bakal menggerakannya dengan berkongsi wawasan serta maklumat mengenai teh; dan pada masa yang sama, memperkasakan para peminat untuk menyuarakan pandangan mereka agar Lipton dapat lebih memahami keperluan konsumer Malaysia yang meminum teh.

Menjangkakan bahawa ia akan menjadi popular, para peminat boleh menonton siri webisode di laman Facebook peminat.

Pada masa yang sama, Lipton juga telah berkolaborasi dengan tiga stesen radio – Hitz FM, MY FM dan Hot FM – untuk terus menggerakkan objektif kempen. Kolaborasi ini diintegrasikan sepenuhnya di semua platform komunikasi, maka pendengar radio akan didorong ke laman Facebook peminat Lipton Malaysia di mana mereka boleh menyaksikan webisode dan berkongsi komen di laman peminat.

Individu dengan komen yang paling menarik akan membawa pulang RM300 setiap minggu dan sebuah hamper Lipton Milktea bernilai RM86. Pertandingan ini akan berlangsung selama enam minggu bermula 19hb March.

Memandangkan teh tarik adalah minuman warisan de facto Malaysia, Lipton telah mengambil masa selama satu tahun bagi merumuskan resipi dalam varian Teh Tarik bagi memastikan ia menepati citarasa warga Malaysia.

Ia diperbuat daripada adunan daun teh unggul Lipton dan memiliki “dua kali ganda lebih kuasa”, di mana rasa tehnya adalah dua kali ganda lebih kuat daripada secawan teh susu. Lipton Teh Tarik adalah lembut, kaya dengan perisa dan memberikan aroma tersendiri teh Lipton.

Jenama teh No. 1 di dunia mempunyai pelbagai pelan yang dirancangkan untuk tahun ini. Dengan pelancaran kempen “Aku Bangga Menjadi Anak Malaysia. Jom Teh Tariklah” hari ini, jenama ini ingin membawa lebih positivi-tea kepada konsumer Malaysia melalui pelbagai inisiatif lain yang bakal berlangsung dalam tahun ini. Jelas sekali bahawa jenama yang terkenal dengan legenda Yellow Label tetap berdedikasi untuk mengembalikan semangat anak Malaysia ke dalam hati setiap warga Malaysia.

Lipton Teh Tarik boleh dibeli di semua pasaraya utama di Malaysia dengan harga RM13.50.

Lipton

Lipton

Lipton

Lipton

Lipton

Lipton

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Berani Punya Budak

Konsert LMFAO Ditunda Ke 9 April 2012