in

ALBUM ADAM 3 LIRIK BERBUAH DUA KALI BENAR-BENAR

ADAM 3 mendapat sentuhan produksi oleh Pengarah Kreatif KRU Studios – Edry Abdul Halim merangkap Produser album ini. Lagu ‘Robot’ merupakan sebuah lagi ciptaan beliau yang berjaya menarik perhatian pendengar. Begitu juga dengan lima buah lagu yang lain, pasti tidak kurang hebatnya seperti ‘Tukang Gempak’, ‘Berbuah Dua Kali’, ‘Jika Tak Kerna Kamu’, ‘Benar-Benar’ dan ‘Dia Ada Stail’. Setiap lagu membawa genre muzik yang berbeza, mempunyai identiti dan mesej yang tersendiri. Seperti yang telah diketahui ramai, kebanyakkan lagu ciptaan Edry mengandungi mesej yang dikaitkan dengan kehidupan realiti sebenar dan tidak dapat disangkal akan mutu dan kualiti setiap lagu yang dihasilkan.

Album ini turut mendapat sentuhan Adam dan Alvy Durin bagi lagu ‘Putus’ dan ‘Tinggal Kenangan’ manakala sebuah lagu yang berjudul ‘Terima Kasih’ merupakan ciptaan Adam sepenuhnya. Tidak ketinggalan sebuah lagu yang dihasilkan oleh Puja Paska yang berjudul ‘Anganku Melayang’.

Antara langkah mempromosikan album terbaru Adam ini adalah dengan menghasilkan klip video lagu ‘Robot’. Klip video ini adalah di bawah arahan pengarah muda KRU Studios, Mohd Elmy Halim. Penghasilan klip video ‘Robot’ ini memfokuskan kepada persembahan Adam sendiri dalam tarian moden yang diadaptasikan dengan begitu baik sekali dan koreografinya diselitkan dengan unsur seni mempertahankan diri. Ianya simbolik kepada sistem pertahanan diri kita menepis dan menghadapi cabaran hidup. Klip video ini turut dimasukkan seni kreatif CGI dan menelan belanja sebanyak RM15, 000

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liza Abdullah, Zaidi Omar, Balkis Semundur Khan Dalam Raya Sendirian

Ucapan SMS Salam Aidilfitri Awal Ashaari