in

Feel Good Run 2012

Larian Amal Penuh Keceriaan Kini Kembali!

Jika sesebuah acara larian atau perlumbaan yang melibatkan jarak jauh pasti digelar “maraton”. Tetapi apa pula agaknya gelaran bagi sebuah larian yang membuatkan anda berpeluh tetapi masih berasa seronok? Apatah lagi sambil anda berlari sambil anda melakukan amal dan lebih menarik lagi anda berpeluang berlari bersama selebriti kegemaran anda. Larian yang dimaksudkan adalah larian amal Feel Good Run anjuran ntv7. Kembali buat tahun kedua pada tahun 2012, larian ini ternyata adalah satu-satunya acara larian yang penuh dengan keseronokan dan tetap terus mengekalkan faktor “rasa ceria” kepada semua pelari yang bakal mengambil bahagian.

Tahun lalu sahaja, larian penuh ceria ini telah menarik seramai 5,000 pelari dan hampir 10,000 orang awam hadir untuk turut meraikan acara hebat itu. Sebanyak RM 140,000 telah pun berjaya dikutip untuk didermakan kepada badan-badan amal terpilih. Untuk itu, acara larian ini akan dianjurkan sekali lagi bertempat di sekitar Sri Pentas, Bandar Utama pada hari Ahad, 8 Julai nanti.

Di sebalik usaha murni yang mengagumkan ini tidak lain dan tidak bukan, Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV. Beliau yang sendiri gemar berlari, melahirkan ruang ini untuk menyemai gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia sambil berkongsi sesuatu dengan golongan yang kurang bernasib baik. “Kami sememangnya amat bersyukur dengan sokongan yang diberikan orang ramai pada tahun pertama di mana kami memang mengambil kepercayaan yang tinggi dalam menganjurkan larian yang begitu menyeronokkan. Kami bertambah gembira apabila ramai pelari yang berterima kasih kembali kepada kami kerana larian itu ternyata menceriakan hari mereka – bagi kami itulah suatu perasaan yang begitu berharga,” kata Airin.

Hadir sebagai penaja utama dalam acara Feel Good Run 2012 kali ini adalah peneraju dalam makanan kucing dan anjing terunggul dunia – WHISKAS dan PEDIGREE – di mana kedua-duanya adalah jenama di bawah MARS yang amat dikenali dengan syarikat berkaitan penjagaan haiwan, coklat, konfeksi, makanan dan minuman di seluruh dunia

“Kami amat bersungguh-sungguh dalam menjadi sebuah organisasi yang bertanggungjawab, dan apabila hadir peluang sebegini dan meminta kami menyokong inisiatif murni yang akan memberi faedah kepada PAWS iaitu sebuah Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia antara lainnya, kami memang tidak teragak-agak untuk turut mengambil bahagian. Sebagai syarikat yang menerajui makanan global, Mars sememangnya begitu komited dalam isu berkaitan kesihatan dan kesejahteraan serta menggalakkan gaya hidup sihat. Acara seperti Feel Good Run 2012 oleh ntv7 pastinya menepati komitmen kami,” kata Ng See Meng, Pengarah Pemasaran MARS di Asia Tenggara.

“Sebagai penaja utama, kami akan meneruskan usaha komunikasi dalam memberi pendedahan secara maksimum mengenai acara Feel Good Run 2012 dan tidak lupa juga kepada pihak benefisiari yang akan menerima sumbangan,” tambahnya.

Menggunakan khidmat pengurusan larian yang sama, Twenty First Century Sports, acara Feel Good Run 2012 sekali lagi menawarkan beberapa kategori:

• Feel Good Run – 7km, untuk 13 tahun dan ke atas
• Run with Celebrities – 3 km, untuk 13 tahun dan ke atas
• Costume Fun Run – 3 km, untuk 13 tahun dan ke atas
• Kids Run – 700 m, untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah

Ahli Jawatankuasa Penganjur juga telah menghasilkan slogan yang sesuai pada tahun ini iaitu Do Good, Feel Good! atau terjemahannya Buat Baik, Ceria Selalu. Slogan yang dicipta ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada masyarakat untuk memiliki hati yang begitu besar dalam membantu mereka yang memerlukan di mana bukan sahaja terhadap manusia malah kepada golongan haiwan. Ini adalah kerana semua kutipan akan disalurkan secara sama rata kepada empat penerima sumbangan baru tahun ini iaitu – Yayasan Chow Kit, Kiwanis Down Syndrome Foundation, Pure Life Society, dan PAWS Animal Welfare Society Malaysia.

Pencinta haiwan pula pasti bakal teruja mengetahui bahawa ada sesuatu kejutan buat mereka. Acara Feel Good Run juga bakal memperkenalkan laluan khas untuk pemilik haiwan untuk berlari bersama haiwan peliharaan mereka. Ingin tahu lebih lanjut? Nantikan lebih banyak maklumat daripada pihak penganjur.

Pendaftaran akan mula dibuka pada pada 21 Mac dan akan ditutup pada 1 Jun dengan yuran sebanyak RM 25 untuk peserta berumur 13 tahun ke atas dan RM 10 kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang rasmi Feel Good Run, www.ntv7.com.my/feelgoodrun, atau pendaftaran secara manual juga boleh dilakukan di:

• Federal Territory Amateur Athletic Association (FTAAA), Tingkat 2C, Multipurpose Hall, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat 50150, Kuala Lumpur
• Twenty First Century Sports (M) Sdn Bhd, No 51 Jln SS 18/6, 47500 Subang Jaya

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dan mempunyai sebarang pertanyaan juga boleh menghantar emel ke [email protected] atau hubungi 03-56373821 untuk maklumat lanjut.

Feel Good Run yang juga dianggap sebagai acara larian selebriti yang paling berprestij dengan seramai lebih 70 orang selebriti mengambil bahagian pada tahun lepas. Antaranya Nazrudin Rahman, Aishah Sinclair, Jehan Miskin, Jaclyn Victor, Dynas Mokhtar, Leslie Chai, dan Debbie Goh. Acara tahun ini juga bakal tidak kurang hebatnya dengan kehadiran barisan personality media dan selebriti dunia hiburan. Turut menyertai sidang akhbar pelancaran Feel Good Run 2012 hari ini ialah pengacara ntv7 dan pembaca berita, Nazrudin Rahman, Joanne de Rozario, Daphne Iking, Melissa Ong, dan Fazilah Hani Harun; pengacara 8TV, Julie Woon; penyampai radio Hot FM, Suraya dan Deen; penyampai radio Fly FM, Phat Fabes dan Ben; serta penyampai radio one FM, William dan Wayne. Senarai penuh selebriti yang bakal mengambil bahagian akan hanya diumumkan pada awal Mei nanti.

Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV itu juga mengakui bahawa perancangan dan pelaksanaan larian yang melibatkan kuantiti besar ini sama mencabar seperti menguruskan stesen TV sendiri. Namun beliau akan tetap memastikan akan ada kelainan, keunikan dan keseronokan kepada para pelari yang mengambil bahagian nanti. “Tiada acara larian di luar sana yang sama seperti larian Feel Good Run tawarkan. Bagi mereka yang baru pertama kali ingin mengambil bahagian bolehlah mencuba larian pendek sejauh 3 km, manakala bagi mereka yang sudah berpengalaman, laluan 7 km memang pilihan tepat dan sesuai sebagai larian persediaan untuk sebelum dan selepas melakukan larian marathon jarak jauh yang lain. Apa yang lebih menarik, pelari juga akan berpeluang berlari di antara kalangan selebriti kegemaran mereka. Kepada mereka yang berhasrat untuk menunjukkan kreativiti mereka bolehlah menyertai kategori larian berkostum dimana kesemua kategori yang diwujudkan ini membolehkan anda untuk turut sama beramal,” tambah Airin.

“Kami amat- amat menggalakkan penyertaan daripada orang ramai dan juga badan korporat untuk menyokong inisiatif ini,” rumusnyanya dalam mengakhiri ucapan.

Turut sama dalam usaha menjayakan acara larian amal ini adalah rakan larian daripada Fly FM, Hot FM, one FM, New Straits Times, Berita Harian, dan Health Today. Untuk maklumat lanjut mengenai larian ini, sila layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun.

Penganjuran Feel Good Run buat julung kalinya pada tahun lepas adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-13 stesen ntv7 dan bertujuan untuk menyebarkan keseronokan bersama keluarga dan rakan taulan di samping bergembira dan kekal cergas. Sama seperti tahun lepas, stesen TV ntv7 akan menyambut ulangtahunnya yang ke-14 pada tahun ini dengan acara Feel Good Run 2012.

Keterangan Gambar Lampiran:

ntv7

Lampiran 1 – Puan Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV

ntv7

Lampiran 2 – Dato’ Manja Ismail, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa NTV7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Puan Tay Siok Eian, Ahli Pure Life Society & mantan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Dr. Hartini Zainuddin, Pengasas Yayasan Chow Kit, Puan Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Mr. Fred Tan, Presiden Kiwanis Down Syndrome Foundation, Mr. Edward Lim, Pengurus Perlindungan PAWS Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia, Puan Emilya Ab Rahim, Pengurus, Kumpulan Pengurusan Penjenamaan, Komunikasi Jenama, Perhubungan Awam, Projek Khas dan Acara, ntv7.

ntv7

Nazrudin Rahman, Pengacara ntv7 The Breakfast Show

ntv7

Deen, Penyampai Radio Fly FM

ntv7

Wayne Penyampai Radio one FM

ntv7

Melissa Ong, Pembaca Berita Edisi

ntv7

William, Penyampai Radio one FM

ntv7

(dari kiri) Selebriti: William one FM, Deen Hot FM, Daphne Iking, Julie Woon, Nazrudin Rahman, Joanne de Rozario, Ben Fly FM, Wayne one FM, Melissa Ong

Perarakan Do Good, Feel Good – Puan Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Para selebriti dan kakitangan ntv7 (gambar 1)

ntv7

Lampiran 10 – Puan Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Para selebriti dan kakitangan ntv7 (gambar 2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta The Job di 8TV

Video Persembahan Pengenalan Mentor Musim Ke-6