in

OREO Meraikan Ulangtahun Ke-100 Di Langit

OREO MERAIKAN ULANGTAHUN KE-100 DI LANGIT!
Biskut kegemaran sedunia memperingati saat-saat menjalin ikatan antara ahli keluarga tersayang selama 100 tahun

Oreo baru-baru meraikan hari lahirnya yang ke-100 secara unik dengan membawa beratus-ratus keluarga Malaysia menaiki belon udara panas. Belon udara panas Oreo yang berwarna biru terang mendapat perhatian ramai semasa berlegar di ruang langit bandar ini. Acara ini merupakan permulaan sambutan sepanjang tahun untuk meraikan jenama Oreo, biskut kegemaran sedunia. Sebanyak 500 bilion biskut Oreo telah dinikmati oleh orang ramai sejak tahun 1912.

Oreo 100th Year Anniversary Media Launch_Pic 4

Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia, Sunil Sethi, berkata, “Kami amat berbangga dan gembira kerana mencapai kejayaan setahap ini. Ulangtahun Oreo yang ke-100 adalah simbolik kepada perasaan kasih sayang dan saling mencintai yang digalakkan antara konsumer dan peminat Oreo selama ini. Aksi ‘Twist, Lick and Dunk’ (TLD) telah menjadi sebahagian daripada saat-saat bahagia antara ahli keluarga apabila menikmati Oreo bersama-sama. Kami akan menganjurkan lebih banyak acara sepanjang tahun untuk meraikan tahun yang amat istimewa ini dengan rakyat Malaysia.”

Semasa acara tersebut, para media dan beratus-ratus peminat Oreo Malaysia serta ahli keluarga mendapat peluang emas untuk menaiki belon udara panas. Sejurus itu, mereka turut dapat bergembira dengan aktiviti-aktiviti seronok yang disediakan oleh pihak Oreo.

Oreo telah membawa banyak detik-detik gembira kepada keluarga di seluruh dunia sepanjang 100 tahun ini. Sebagai biskut kegemaran sedunia, Oreo bukan sahaja enak dinikmati, malah aksi ikonik TLD turut memainkan peranan yang amat besar dalam zaman kanak-kanak ramai peminat, tidak kira di mana jua. Cara menikmati Oreo yang unik ini berjaya menjalinkan hubungan yang erat di antara ibu bapa dan anak-anak, dan seterusnya membina memori bahagia yang berada dalam ingatan masing-masing untuk masa yang akan datang, lebih-lebih lagi memandangkan gaya hidup keluarga moden yang serba sibuk, sepertimana yang diterbitkan dalam Laporan Global Semangat Kanak-Kanak (Global Spirit of Childhood Report) baru-baru ini.

Sambutan ini juga merupakan sebahagian daripada perayaan ulangtahun Oreo sedunia yang ke-100 di 20 buah negara di serata dunia, termasuklah parti harijadi ‘flash’ di tujuh bandar di Amerika Syarikat, lawatan bas istimewa di 100 bandar dan pekan di China, taman permainan ‘pop-up’ gergasi di Indonesia, upacara memotong kek yang terbesar di dunia di Arab Saudi dan perayaan memukul 100 ‘piñata’ secara besar-besaran di Venezuela.

Untuk maklumat selanjutnya tentang Oreo dan perayaan ulangtahun ke-100nya, sila layari www.facebook.com/oreo hari ini juga!

Oreo 100th Year Anniversary Media Launch_Pic 3

MENGENAI KRAFT FOODS
Kraft Foods Inc. (NYSE: KFT) ialah pengeluar snek terbesar di dunia dengan pelbagai jenama kegemaran ramai yang tiada tandingan. Dengan pendapatan berjumlah $49.2 billion pada tahun 2010, Kraft Foods telah berjaya memasarkan biskut yang enak, manisan, minuman, keju, produk runcit dan makanan mudah disediakan di hampir 170 negara. 12 dari jenama termasyur syarikat – Cadbury, Jacobs, Kraft, LU, Maxwell House, Milka, Nabisco, Oreo, Oscar Mayer, Philadelphia, Tang dan Trident – menjana pendapatan lebih dari $1 bilion setiap tahun.

Pada 4 Ogos 2011, Kraft Foods mengumumkan rancangan untuk membahagikan dan menubuhkan dua syarikat awam yang bebas: perniagaan snek global dengan pertumbuhan tinggi dan perniagaan runcit margin tinggi di Amerika Utara. Urusniaga ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan untuk dilaksanakan, di mana tempoh perancangan berkaitan struktur, pengurusan, pentadbiran dan hal-hal yang lain akan diumumkan. Peneraju dalam bidang inovasi, pemasaran, kesihatan & kesejahteraan dan pengekalan, Kraft Foods ialah ahli Dow Jones Industrial Average, Standard & Poor’s 500, Dow Jones Sustainability Index dan Ethibel Sustainability Index. Sila layari www.kraftfoodscompany.com dan www.facebook.com/kraftfoodscorporate.

MENGENAI OREO COOKIES
OREO ialah biskut kegemaran sedunia, dinikmati oleh keluarga dan rakan-rakan di lebih dari 100 negara di seluruh dunia. Sebagai salah satu dari 12 jenama ”billion-dollar” Kraft Foods, OREO ialah biskut paling laris pada abad ke-21 dengan pendapatan global tahunan sebanyak lebih dari $2 bilion. OREO mempunyai komuniti Facebook lebih dari 23 juta peminat OREO seluruh dunia, mewakili lebih 200 negara dan pelbagai bahasa yang berlainan. OREO berkedudukan antara jenama laman Facebook 5 tertinggi di dunia.

Oreo 100th Year Anniversary Media Launch_Pic 2

Oreo 100th Year Anniversary Media Launch_Pic 1

Oreo 100th Year Anniversary Media Launch_Pic 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Gilakan Kamu Fauziah Gambus

John Mayer To Take Indefinite Hiatus From Live Performing