Sungei Wang Plaza akan mengadakan ACARA AMAL GUNTING RAMBUT BERTEMAKAN STYLISH 35 pada 11 Mac 2012 (Ahad), jam 0.45 pagi di ruang Legar Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.
Khas diadakan sempena majlis ulangtahun Sungei Wang Plaza yang ke-35 di samping tanggungjawab korporat sosial dalam masyarakat terhadap golongan yang memerlukan, 35 penggunting rambut dari salon-salon Sungei Wang Plaza akan terlibat dalam acara amal ini dari 11 pagi hingga 8 malam di pentas utama Sungei Wang Plaza. Derma minimum untuk potongan rambut adalah RM 10 bagi setiap pelanggan.
Hasil yang diperolehi dari acara amal ini akan didermakan kepada Persatuan Insan Istimewa, Cheras Selangor. Persatuan ini merupakan institusi khas yang melindungi kanak-kanak terencat akal dari umur 3-28 tahun.
Institusi ini mempunyai 25 kanak-kanak yang datang dari pelbagai lapisan hidup seperti ibu /bapa tunggal, didera dan dieskploitasi. Mereka memerlukan sokongan wang untuk membeli bahan pembelajaran, yuran tusyen untuk pendidik kanak-kanak terencat akal dan barangan runcit untuk kegunaan harian.
Antara salon-salon dan akademi yang terlibat adalah Wenawave Salon, Kimarie Hair Salon, Kimarie Hair Academy, Dical Hair Beauty Salon, MIC Wing Professional Hair Salon, Hairway, Hair Zone Studio by Michael Poh, Hair Zone Academy, La Belle Unisex Hair & Beauty Centre, Michael Ling Hair Dressing & Beauty Academy, Incanto Hair Gallery, Snips, Snips College of Creative Arts, Da’ Styling, APT Hair & Make-up Salon, APT Hair Academy Sdn Bhd, JW Hair Salon, Miko Hair Studio & Academy dan Quick Cut.
Penaja utama untuk acara ini adalah APT Professional Team dan Loreal Professional.