Salam pembaca budiman, apa khabar korang hari ini? Harap semua sihat walafiat adanya. Budiey percaya korang mesti rasa letih lagi setelah Sabtu dan Ahad sibuk menghadiri rumah terbuka… tak gitu?
Esok, Budiey akan terbang ke Bali untuk jalan-jalan cari makan bersama dengan juara GangStarz Musim ke-2, One Nation Emcees. Budiey sangat berbesar hati kerana telah mendapat jemputan dari HOTLINK yang akan menaja Budiey bersama dengan rombongan peminat dan media yang lain ke Bali.
Jadi, di kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada HOTLINK kerana telah menaja segala perbelanjaan termasuklah penerbangan, penginapan dan makan minum di Bali.
Selama 4 hari 3 malam, trip ke Bali yang akan bermula jam 10 pagi esok akan membawa kami ke beberapa tempat dan lokasi pelancongan yang menarik seperti Mengwi Temple, kuil kedua terbesar di Bali, Tasik Bratan, Mountain Resort of Bedugul, Kuil Puru Ulun Danu, Pura Taman Ayun, Alas Kedaton Monkey Forest, Tanah Lot Temple dan beberapa tempat lain.
Sekiranya, ada wifi broadband di sana… Budiey akan mengemaskini blog ini di Bali. Sekali sekala buat entri travelog ni seronok jugak. Tapi yang tentunya, kepada peminat dan penyokong One Nation Emcees, blog ini akan dipenuhi dengan gambar juara Gangstarz ini untuk beberapa hari yang akan datang. Insyaallah. So, just check it out!
Kepada pembaca semua, doakan Budiey dan semua rombongan selamat berangkat dan selamat pulang. Budiey akan pulang ke Malaysia pada 17 Oktober ini. Dalam tempoh itu, nasib baik tidak banyak sidang media dan acara yang diadakan. Cuma pada esok hari, Budiey ada dijemput ke Malam Gala Filem Tipu Kanan Tipu Kiri di One Utama oleh Metrowealth dan Astro Shaw.
Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kepada HOTLINK dan Maxis atas tajaan ini.
P palang S: Kepada peminat dan media… jangan lupa bawa passport dan duit untuk shopping! Hehe, Budiey dah pun perbaharui (renew) passport yang katanya akan tamat pada bulan Januari 2009. Hehe…