in

Muzikal Cinta Strawberi & Coklat Lakonan Nabil Zamanhuri & Ain Satar

Muzikal “Cinta Strawberi Dan Coklat” Lakonan Nabil Zamanhuri dan Ain Satar Di TV2

Muzikal “Cinta Strawberi dan Coklat” menjadi tarikan terbaharu saluran TV2 dalam menghidangkan program menarik terutama bagi menarik golongan remaja yang gemarkan drama bersiri bercorak muzikal.

Menyaksikan lakonan Nabil Zamanhuri, Sheikh Eamir, Ain Satar, Qhaud, Sherry Merlis, Fazlina Dato’ Ahmad Daud dan Shajiry, episod pertama drama rantaian menarik arahan Azma Aizal Yusoof ini telah pun mula bersiaran mulai 29 Februari, setiap Rabu, jam 9.00 malam.

Kisahnya bermula dengan babak mengimbas kembali watak Rafie yang gemar menyanyi sejak dari zaman sekolah rendah. Di sekolah dia pernah berduet dengan Lisa Aleena, seorang yang sangat berbakat sehingga Rafie berasa rendah diri. Namun dia suka berkawan dengan Aleen dan sangat bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan baru kerana mereka akan belajar dalam kelas yang sama. Namun, Rafie kecewa kerana Aleen telah berpindah mengikut bapanya.

Coklat strawberry

Kini, Rafie sedang belajar di ASWARA dan hari itu, mereka akan diperkenalkan dengan semua ahli kumpulan yang akan menjayakan pementasan ‘Uda dan Dara’. Tiba-tiba muncul seorang pelajar baru bernama Lisa yang turut berada dalam senarai untuk memegang watak utama. Seorang yang mempunyai suara yang merdu. Rafie seperti berasa sesuatu apabila mendengar suara dan melihat Lisa. Sebenarnya Lisa ialah Aleen, Lisa Aleena.

Rafie, kawan baiknya, Kay, Alfie dan yang lain memulakan sesi latihan untuk teater ‘Uda & Dara’. Kay pula mula menyukai seorang pelajar baru bernama Aishah, kawan baik Lisa. Lisa pula berasa tidak selesa kerana pakciknya, Ikhwan adalah salah seorang tenaga pengajar di ASWARA tersebut. Hubungan mereka dingin disebabkan kisah silam yang masih membelenggu.

Rafie semakin rapat dengan Lisa dan menawarkan Lisa menyertai kumpulan mereka. Dia juga sering merenung gambarnya dengan Aleen semasa di sekolah rendah dulu. Lisa cuba mengelak apabila Ikhwan cuba berbual dengannya. Dia tidak mahu berjumpa pakciknya itu secara bersemuka. Ikhwan cuba berbaik-baik untuk menebus kesalahan abangnya terhadap Lisa dan ibunya.

Sementara itu, Rafie digugurkan dari pasukan teater tersebut. Rafie kecewa. Balqis yang merupakan bekas kekasih Rafie juga mula cemburu dengan hubungan Rafie dan Lisa yang semakin akrab. Rafie pula beranggapan Balqis yang cuba mensabotaj dirinya dengan membuat aduan terhadap Puan Fatimah. Namun sebenarnya Puan Fatimah menjelaskan yang menurut penilaiannya, Rafie tidak menunjukkan peningkatan dalam karyanya sebagai pengarah muzik. Rafie terdiam. Dia rasa bersalah dengan Balqis dan meminta maaf. Lisa juga meminta maaf kepada Ikhwan setelah dinasihati oleh Puan Salbi, ibu Rafie yang merupakan Rektor di kolej itu.

Hari itu juga, mereka menerima satu berita gempar iaitu ketua kumpulan mereka telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Kay berbincang dengan Rafie bahawa dia adalah calon paling sesuai untuk menggantikan tempat Maman sebagai ketua kumpulan. Hubungan Rafie dengan ibunya, Puan Salbi juga sering goyah. Rafie kecewa apabila ibunya langsung tidak membantunya mendapatkan semula jawatan dalam kumpulan teater tersebut. Namun dia tersedar kesilapannya apabila terlupa bahawa hari itu ialah hari kematian arwah bapanya. Sebenarnya Rafie masih terasa kehilangan bapanya sedangkan ibunya sentiasa sibuk dengan status Rektor kolej tersebut.

Balqis telah mencadangkan agar dirinya dilantik sebagai calon ketua kumpulan mereka yang baru. Kay pula mahu Rafie sebagai ketua kumpulan baru mereka. Sementara itu, Alfie dan Rafie terkejut mendengar berita perpindahan Lisa, terutamanya Alfie kerana dia mula menaruh hati kepada Lisa. Balqis ternampak Alfie bersama dengan Lisa dan memberitahu Rafie tentang keintiman mereka. Rafie tidak puas hati dan mereka bergaduh menyebabkan Balqis tercedera.

Kecewa dengan sikap mereka semua, Puan Salbi membuat keputusan untuk membatalkan pementasan teater itu pada tahun ini. Keseemua mereka terkejut. Balqis bertindak meminta maaf daripada Aishah dan meminta Kay, Rafie dan Alfie turut berbuat demikian untuk menjernihkan semula keadaan.

Bagaimanakah kesudahannya? Adakah Puan Salbi berubah hati untuk meneruskan pementasan teater itu atau sebaliknya? Saksikan 13 episod drama bersiri remaja ini hanya di TV2.

Coklat strawberry

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Epic Adventure The Lone Ranger Begins Production

Samsung Notebook Series 5 ULTRA