in

Gambar HAIZA di Pelancaran Single Terbaru SEMALAM

Pada jam 3 petang semalam, Budiey bergegas ke Majlis Pelancaran Single Terbaru Haiza berjudul SEMALAM yang diadakan di Red Box Ria Sogo. Ini kali pertama Budiey dijemput untuk ke majlis anjuran Haiza yang bernaung di bawah syarikat pengurusannya iaitu My Own Entertainment Management (MOEM).

VIDEO HAIZA NYANYI LAGU SEMALAM

MOEM ditubuhkan pada tahun 2010 dan menguruskan aktiviti seni Haiza seperti nyanyian, pengacaraan, lakonan dan penerbitan album. Sedar tak sedar, Haiza kini sudah pun 17 tahun dalam bidang seni suara.

Haiza

Lagu Semalam telah pun berkumandang di di stesen radio sejak pertengahan Januari 2012, tetapi ianya tidak secara rasmi. Maka, kerana itu diadakan majlis pelancaran hari ini serentak dengan tayangan video klip untuk lagu Semalam yang diarahkan oleh Shuhaimi Lua daripada Tanah Beris Productions. Sebuah klip video yang sangat santai Budiey kira dan ia mencerminkan apa yang nak disampaikan oleh Haiza kepada pendengar. Lagi gempak apabila pelakon Zain Saidin menjadi model lelaki dalam video ni.

Setakat ini, sudah single ini sudah terjual lebih 500 unit melalui pembelian secara terus dan secara online.

Di majlis santai ini juga, Haiza turut memberi penghargaan kepada pihak yang banyak membantu dalam menjayakan majlis ini iaitu Red Box Ria, Hotel UiTM Shah Alam, komposer Semalam iaitu Nawfas dan lirik pula oleh Azlan Supardi serta lagu Marilah Pada Ku oleh Omar K, Audi Mok dan lirik oleh Zel Firdaus serta syarikat Jamu Mak Dara.

Kenapa perlu beralih angin kepada irama Pop Komersil? Itu soalan utama yang diterjah kepada Haiza. Ya, nama Haiza rasanya dah sebati dengan lagu-lagu Dangdut dan sebelum muncul dengan “Semalam”, Haiza telah melakukan pelbagai kajian tentang selera pendengar di negara ini bagi memastikan lagu itu diterima peminat.

Di sidang media, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin menjelaskan tidak akan meninggalkan muzik dangdut yang diperjuangkannya selama ini walaupun muncul dengan single genre pop. Oleh kerana itu, dia masih memasang impian untuk menghasilkan sebuah album dangdut pada masa hadapan.

“Jujurnya jiwa saya masih melekat dengan muzik dangdut. Tetapi pada masa sama saya perlu mengikut perubahan semasa dan kehendak pendengar yang mahukan sesuatu yang lain. Kemunculan album single berjudul “Semalam” adalah usaha dalam memikat hati pendengar selain ingin mencuba sesuatu yang baru dalam karier saya,”

Tambahnya, walaupun masih mencintai muzik dangdut dia perlu membuang egonya demi memastikan perjalanan karier seninya seiring dengan keadaan semasa industri muzik.

“Saya telah melakukan sehabis baik untuk “Semalam” dengan meletakkan ego saya jauh-jauh walaupun sebenarnya ingin merakamkan lagu berentak dangdut. Selebihnya terpulang kepada penilaian pendengar sama ada ingin menerima atau tidak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Haiza berkata dia tidak mahu terus menyalahkan pihak stesen radio yang enggan memutarkan lagu genre dangdut sebaliknya mengikut kehendak mereka.

Haiza memberitahu dia percaya pihak stesen radio mempunyai alasan tersendiri mengapa enggan memutarkan lagu-lagu berkenaan.

“Kalau asyik menyalahkan mereka kita juga rugi sebaliknya lebih baik kita kaji mengapa mereka berbuat demikian. Atas dasar itu juga saya muncul dengan genre pop tetapi masih menyelitkan sedikit elemen dangdut di dalamnya dengan memberikan nafas baru. Saya harap masih akan ruang untuk lagu saya diputarkan di stesen-stesen radio popular di negara ini,”

Dia juga gembira apabila single itu telah berjaya dijual sebanyak 500 unit secara dalam talian dan ketika mengadakan persembahan. Haiza berkata, itu adalah petanda baik buat dirinya yang sebelum ini telah bertungkus lumus memastikan hasil kerjanya diterima. Sementara itu, Haiza berkata dia turut menggunakan medium laman Youtube sebagai salah satu cara untuk mempromosikan lagu.

“Sebagai seorang penyanyi yang telah 17 berkecimpung dalam dunia hiburan, saya perlu cepat dalam memikirkan idea-idea baru dan bergerak sendiri untuk tampil dengan perkara segar bagi menarik minat pendengar.”

Selain lagu “Semalam” ciptaan Nawfas dan lirik Mawar Putih itu, album mini terbaru Haiza akan turut memuatkan lagu “Marilah Padaku” ciptaan Audi Mok dan Omar K.

Bagi yang ingin mendapatkan album single “Semalam” boleh melayari Facebook milik Haiza iaitu Haiza Deen Full atau Haiza Deen II.

Tempahan juga boleh dibuat menerusi Twitter miliknya iaitu @haizahanafi. via Mstar Online

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Haiza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liyana Jasmay Akan Bertunang Dengan Jiran

Gambar Selebriti di Malam Gala Filem BUNOHAN