Siaran Ekslusif Dokumentari Walimatul Urus
Yusri KRU dan Lisa Surihani di Astro Ria
Erra Fazira Ditemubual dalam Dokumentari Walimatul Urus Yusri KRU dan Lisa Surihani
Setelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.
Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media dan selebriti tempatan.
Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, “Kami di Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.
Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini. “
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.
Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?
Antara kenalan mereka yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay & Erra Fazira.
Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam dokumentari ini.
Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.
Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.
Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.