Saban tahun, detik 1 Syawal hari raya akan tiba. Setiap kali hari lebaran tiba, kita disogokkan dengan pelbagai irama lagu raya. Pada Budiey, antara sebab hari raya menjadi lebih meriah adalah kerana menjelang Aidilfitri, semua stesen radio begitu galak memutarkan lagu raya.
Pendek kata, tak sah raya kalau tak pasang lagu raya. Macam-macam lagu raya ada sekarang nih. Lagu klasik dan nostalgia masih menjadi pilihan utama orang kita. Namun, ada juga lagu yang pertengahan klasik juga turut menjadi santapan. Antara banyak lagu, Budiey tersentuh dengan irama lagu Setitis Cahaya di Aidilfitri dendangan Aishah.
Menceritakan tentang kehidupan yang sebatang kara melalui kesepian di Aidilfitri. Mengharapkan sejalur snar bahagia yang dapat mengisi kekosongan hidupnya. Hati rasa sayu tatkala mendengar suara takbir dan akan terlintas segala kenangan. Pagi raya adalah antara saat yang begitu memilukan bagi sesetengah insan yang dalam kesepian dan hidup sebatang kara. Jadi, apa kata kita gembirakan hati mereka dengan menghulurkan bantuan dan kasih sayang.
Apa yang diharapkan cuma ketenangan dan perhatian kasih sayang untuk dijadikan teman yang setia.
Klik ‘play’ untuk mendengar lagu merdu ini:
Lirik Lagu Setitis Cahaya di Aidilfitri – Aishah
Di sekitar suria yang menyinar
Hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang
Timbul tangis hiba di fajar mulia
Kekosongan melanda diriku
Bak sembilu menyayat di kalbu
Mengenang nasib diri sebatang kara
Mengharungi cabaran berliku
( korus )
Takbir menusuk jiwa ku
Terkenangkan kisah-kisah lalu
Keinsafan menghantui diri
Berkekalan ‘kan ku ulang kembali
Sepatah doa mengiring diri
Setitik cahaya untuk meniti
Pedoman buat di hari muka
Moga ketenangan teman yang setia