Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 semakin membara. Tarikh 8 April semakin dekat dan majlis pra-kemuncak yang baru berlangsung hari ini (15 Februari) di Holiday Villa, Hotel & Suite, Subang Jaya memberi peminat peluang mengintai persediaan rapi yang sedang dijalankan.
Pada sidang media ini, ABPBH mengumumkan senarai pengacara, penyampai trofi dan juga persembahan yang bakal ditonjolkan. Gandingan artis dan personaliti baru, muda serta lama pastinya menjadikan malam kemuncak ABPBH 2011 acara yang cukup mantap dan menghiburkan. Sila rujuk artikel satu lagi untuk senarai penuh.
Majlis yang dihadiri Datuk Mior Kamarul Shahid – Pengarang Kumpulan Berita Harian – juga selaku Penaung ABPBH 2011 turut menyempurnakan pelancaran peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) Berita Harian diserlahkan oleh LUX bersama Fazura – Bintang LUX dan Tanya Teng, Pengurus Jenama LUX. Pemenang GBB bertuah bakal bergaya bagaikan bintang di karpet merah bersama Fazura di malam kemuncak ABPBH2011.
Sidang media ini dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen berkonsep ‘Larger Than Life’, dijayakan oleh 13 pereka popular tanahair. Pereka Busana Wanita Popular dimenangi Rizman Ruzaini dan Anugerah Pereka Busana Lelaki Popular pula menjadi milik Lord’s Tailor. Hadiah disampaikan oleh Encik Mahfar Ali, Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian merangkap Penasihat 1, ABPBH2011.
Majlis juga diserikan dengan persembahan One Nation Emcees, salah satu kumpulan yang bakal membuat persembahan pada Malam Kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 8 April 2012.
Gambar Selebriti di PC ABPBH2011 Ke-3
Fazura
VIP
Fouziah Gous
Ziana Zain
Fazura
Sharifah Shahirah
Alyah
Ezlynn
Bob
Didie Alias
Raja Azura
Zizan & Zainuri
Ziana Zain
Masa photoshoot
Alyah & Adira. So sweet
Fazura