CINTA merupakan satu kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan dalam kehidupan. Ia mampu mengubah persepsi atau sikap seseorang.
Namun, biarpun cinta hanya hadir sekadar seketika tetapi pastinya detik tersebut akan disimpan rapi dalam liputan sejarah.
Begitu jugalah perasaan yang dialami oleh pelakon comel Sharifah Amani apabila digandingkan bersama pelakon kacak Indonesia, Samuel Rizal.
Disatukan sebagai pasangan kekasih dalam filem terbaru berjudul Sayang You Can Dance arahan Bjarne Wong, dia mengakui detik tersebut merupakan satu kenangan terindah dalam hidupnya.
Secara jujur dan berterus terang, Amani memberitahu kisah cinta mereka berdua hanyalah sekadar di lokasi tetapi Amani atau lebih mesra disapa dengan panggilan Nani, mengakui terbuai dek saat-saat indah itu.
“Siapa tidak merasakan perasaan itu bila berlakon dengannya. Saya akui turut merasai cinta itu tapi jangan salah sangka kerana ia hanya sewaktu dilokasi. Kita perlu wujudkan perasaan tersebut sebab nanti barulah penyampaian kami berjaya.
“Memang menyeronokkan tatkala berlakon dengan Samuel sebab kami mempunyai perangai yang hampir sama. Perasaan untuk bercinta itu ada tapi itu semuanya hanya dalam filem,” jelasnya ringkas menerangkan isi hatinya.
Namun kata Nani, perasaan yang dialaminya itu hanyalah sekadar mainan jiwa muda yang selalunya dialami oleh setiap remaja.
Malah apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk memastikan adegan cintanya itu berjaya mencuri hati khalayak yang menontonnya kelak .
“Sama ada babak-babak bercinta itu menjadi atau tidak mungkin khalayak yang melihat dapat menentukannya. Tapi saya sudah berikan yang terbaik demi memastikan filem ini berjaya menarik hati khalayak,” jelasnya yang membawakan watak Mia dalam filem tersebut.
Ini dia poster filem ini yang Budiey ambil di http://www.sayangthemovie.com
Budiey: Harap filem ini tidak mengecewakan. Budiey akan menonton filem ini pada hari ini dan cuba buat ulasan. Good luck kepada semua pelakon!