in

ZIARAH LEBARAN DI RTM

ZIARAH LEBARAN MENERBITKAN RASA KEINSAFAN DI SUDUT SANUBARI UMAT ISLAM DI AIDILFITRI.

Perayaan Hari Raya Aidilfitri adalah sesuatu yang perlu difahami dengan mendalam. Hari Raya bukan sahaja bermakna suatu hari keraian yang mana kita meraikan kejayaan melepasi segala dugaan dan cabaran sepanjang bulan Ramadan. Malah, Hari Raya mampu mengundang 1001 keinsafan dalam diri setiap umat Islam. Sewaktu hari raya yang berkemampuan akan menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Golongan yang berkemampuan hendaklah menghulurkan keprihatinan pada mereka memerlukan bantuan. Secara tidak langsung, ia merapatkan jurang di antara si kaya dengan yang miskin.

Bagi menjadikan hakikat ini suatu realiti syarikat Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. telah menerbitban sebuah program bertajuk ‘Ziarah Lebaran’ bagi menerbitkan rasa keinsafan di lubuk hati sanubari mereka yang memiliki segalanya. 

‘Ziarah Lebaran’ memaparkan kisah mengenai tiga orang seniman jalanan Art, Liza dan Salleh yang berhati mulia dengan mengadakan persembahan di malam raya untuk mengutip duit untuk disedekahkan ke rumah anak-anak yatim yang akan diziarahinya. Setelah selesai membuat persembahan dia bertemu dengan seorang wanita tua, Makcik Hawa yang sedang menangis di pinggir jalan. Mereka mendekati Makcik Hawa dan cuba memujuknya. Makcik Hawa menceritakan bagaimana dia telah lari dari rumah orang tua-tua semata-mata kerana rindu hendak berhari raya dengan anaknya. Lalu seniman jalanan ini menghantar Makcik Hawa itu ke rumah anaknya Johari. Malangnya kedatangan Makcik Hawa dan Johari langsung tak diterima oleh menantunya. Dia dihalau keluar. Teramatlah sedihnya hati Makcik Hawa apabila dilakukan seperti itu oleh anaknya sendiri. Lalu, seniman jalanan itu mengajak Makcik Hawa itu tinggal bersama mereka sementara waktu.

Dalam perjalanan pulang, mereka terlihat pula dua orang kanak-kanak bernama Fairus dan Fadilah yang tidur di pinggir jalan. Mereka kasihan lalu mengajak kanak-kanak itu tidur di rumah mereka. Keesokan harinya setelah berjaya di pujuk anak itu menceritakan bagaimana saudara maranya sedang merancang untuk menjual harta peninggalan emak dan ayah mereka lalu mahu menghantar mereka ke rumah anak yatim. Mereka takut dan melarikan diri kerana tidak mahu berpisah.
 
Kini bersama seniman jalanan dua orang adik dan seorang ibu. Mereka sangat gembira dan membawa Makcik Hawa dan kanak-kanak itu untuk menziarahi rumah anak yatim dan rumah orang tua tempat Makcik Hawa tinggal sebelum ini. Mereka menyambut hari lebaran di rumah kebajikan itu di mana anak-anak yatim dan warga emas begitu gembira menyambut kedatangan mereka. Fadilah dan Fairus mula berasa seronok lalu diminta untuk tinggal di situ. Liza terpaksa akur walaupun sebenarnya dia sedih untuk melepaskan Fadilah dan Fairus untuk terus menetap di situ.

Ziarah terakhir mereka adalah ke Rumah Seri Kenangan Cheng di Melaka bersama bersama beberapa orang sahabat artis. Suasana sangat meriah dengan persembahan lagu raya daripada Ziana Zain. Hati Makcik Hawa terhibur. Ketika hendak pulang, Johari tiba-tiba muncul dan mohon kemaafan atas kesilapannya sebelum ini. Dia mahu membawa Makcik Hawa pulang beraya bersamanya. Seniman jalanan sangat gembira melihat kepulangan anak kepangkuan seorang ibu.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton “Ziarah Lebaran” pada hari Rabu dan Khamis bersamaan 1 & 2 Oktober 2008, jam 4.05 petang menerusi saluran RTM1. Pastikan anda terus bersama RTM1, Saluran Inforia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Panggung RTM SANGEETHA

Mawi dan Ikin Sah Kahwin Disember Ini