in

Drama Bangsal Tua Lakonan Dato Rahim Razali & Fauziah Nawi

Erti Kasih Sayang Bagi Pasangan Berusia Lakonan Dato Rahim Razali dan Fauziah Nawi Dalam Drama Bangsal Tua di TV2

Siapa kata erti cinta itu hanya wujud dan tumbuh dalam hati pasangan muda sahaja? Hakikatnya ia tumbuh dan mekar dalam diri setiap insan tanpa mengira usia pangkat mahupun rupa. Perasaan cinta yang suci itu sewajarnya dihargai setiap insan di muka bumi ini.

Menggandingkan dua pelakon hebat Dato Rahim Razali dan Fauziah Nawi, situasi sama ‘dihidupkan’ pasangan ini dalam menghayati erti cinta yang sebenar. Namun takdir memisahkan mereka begitu dua ikatan kasih seorang bapa terhadap anak-anaknya jua telah jauh terpisah.

Turut membariskan pelakon Almy Nadia, Ezany Nizariff, Norseha Hameed, Dato Jalaluddin Hassan dan Rahim Kidol, drama Bangsal Tua bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 14 Februari ini, jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

telemovie Bangsal Tua

Ia berkongsi kisah watak Hamidi terlalu sayangkan isteri dan anaknya, Kartika. Walaupun hanya bekerja sebagai tukang sapu majlis perbandaran, namun Hamidi tetap ingin mengubah nasib keluarga. Hamidi bertekad mahu membaikpulih rumah usang yang didiami mereka sekeluarga.

Malangnya duit yang Hamidi beri kepada kontraktor, Mat Tapa, lesap begitu sahaja. Hamidi kecewa. Hamidi lebih kecewa apabila isteri kesayangannya, Zainab menyalahkannya. Lebih memilukan apabila adik Zainab membawa Zainab dan Kartika ke Kuala Lumpur.

Setiap hari Hamidi menunggu kepulangan mereka dan setiap hari Hamidi merindui mereka. Bertahun-tahun lamanya Hamidi memendam rasa rindu sehingga suatu hari Hamidi dihalau dari rumah usang yang didudukinya itu.

Rupa-rupanya, rumah itu telah dijual oleh Zainab. Hancur luluh hati Hamidi sehingga airmatanya menjadi kering sekering hatinya kini. Hamidi tinggal di bangsal tua bertemankan sepi. Pun segala itu adalah atas bantuan seorang rakan yang dahulunya pernah menganiaya dirinya.

Dan tika dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidup di bangsal tua itulah Kartika datang mencarinya bersama seorang lelaki yang bakal menjadi suami. Kartika yang tidak pernah tahu segala perbuatan ibu terhadap bapanya memohon ampun dan maaf dan meminta agar Hamidi menjadi walinya.

Namun Hamidi terus nekad. Dia enggan menjadi wali. Hatinya terlalu sakit, hatinya terlalu luka. Namun kehadiran seorang lelaki bernama Haji baharom telah melembutkan hati Hamidi. Siapakah lelaki itu dan apakah kaitan beliau dengan Hamidi, si lelaki pasrah di Bangsal Tua itu?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Commences Inaugural Flight to Surat Thani

Hong Kong Disneyland