Rasanya ramai dah tengok iklan Fisherman’s Friend kat TV. Ada Afdlin Shauki kan, ha sebenarnya, Afdlin kini dah jadi duta jenama untuk produk ini. Tahniah la bro! Murah betul rezeki Afdlin dua tiga menjak ni kan?
Fisherman’s Friend adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan kerana ia diiktiraf sebagai salah satu jenama lozeng paling popular dan dipercayai selama lebih satu abad. Sejak turun-temurun, lozeng Fisherman’s Friend telah memainkan peranan penting dalam melegakan batuk dan selesema, dari zaman pengasasnya James Lofthouse memperkenalkan lozeng ini kepada nelayan di Fleetwood pada 1865.
Kini, Fisherman’s Friend sudah berusia 143 tahun dan masih dihasilkan dengan cara yang tidak ditelan zaman. Lebih penting lagi, Fisherman’s Friend adalah jenama utama dalam kategori gula-gula sakit kerongkong.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendekati pelanggannya, Fisherman’s Friend telah memilih selebriti Afdlin Shauki sebagai duta jenama. Bakat serba bolehnya terbukti daripada pelbagai peranan yang dimainkan sebagai pengarah, pelakon pentas dan filem, penyanyi, penulis lagu dan pengacara. Namun, kebolehannya yang paling menyerlah ialah kebijaksanaannya menarik perhatian ramai, baik tua mahupun muda, dengan gayanya yang selamba dan tersendiri.
Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, berkata, “Fisherman’s Friend telah diterima oleh rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya kerana mereka percayakan keupayaannya untuk melegakan kerengsaan tekak. Justeru, kami gembira dengan pelantikan Afdlin Shauki sebagai duta jenama kerana dia mempunyai ramai peminat di Malaysia. Kami yakin Afdlin Shauki dapat membantu kami mengekalkan kesetiaan pelanggan kami yang sedia ada dan menarik pelanggan baru. Ini mencerminkan komitmen kami untuk mengikuti perkembangan dalam segmen pasaran kami supaya kami akan terus segar dan relevan.”
“Kami yakin, dengan kehadiran Afdlin Shauki sebagai jurucakap kami, pengguna akan lebih tertarik dengan pelbagai rangkaian produk kami.”
Produk Fisherman’s Friend diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. Variannya termasuk Original, Aniseed, Mint, Sugar Free Original, Sugar Free Mint, Sugar Free Lemon, Sugar Free Apple & Cinnamon, dan Sugar Free Mandarin & Ginger.
Baru-baru ini, Fisherman’s Friend telah memperkenalkan rangkaian gula-gula getah yang boleh didapati dalam dua perasa, iaitu mentol pudina dan kayu putih. Jadi, jika anda menginginkan sensasi kedinginan yang tahan lama, cubalah gula-gula getah Fisherman’s Friend kerana ia tidak mengandungi gula dan tidak menyebabkan kereputan gigi.