in

Kimora Life In The Fab Lane Musim ke-4

KIMORA: LIFE IN THE FAB LANE Musim ke-4
EKSKLUSIF DI 8TV!

Tarikh siaran: 15 Januari 2012
Hari: Ahad
Masa: 10.00 malam
Bahasa: Inggeris

Glamor, kaya, popular, berpengaruh, usahawan berjaya dan ‘hot mama’ itulah Kimora Lee Simmons! Memulakan karier sebagai model seawal 13 tahun, Kimora boleh tersenyum megah dengan kejayaan dan kekayaan yang dimiliki sekarang. Ikuti perjalanan hidup Kimora dalam KIMORA: LIFE IN THE FAB LANE (YEAR 4) yang akan disiarkan setiap Ahad bermula 15 Januari 2012 jam 10.00 malam hanya di saluran hip 8TV!

Kimora

Dilahirkan St. Louis, Missouri, Kimora menjalani kehidupan yang agak sukar kerana selalu dibuli dan dicerca kerana berdarah campuran Asia-Afrika dan susuk tubuhnya yang tinggi lampai. Namun nasib Kimora bertukar dengan sekelip mata apabila beliau didekati sebuah Agensi yang berminat untuk mengambil Kimora sebagai model. Pada usia seawal 13 tahun, Kimora mula menjalani hidup sebagai model terkenal dan mula memperagakan busana mewah dari jenama terkemuka antaranya Chanel.

Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai usahawan dan model, Kimora tetap bijak membahagikan masa bersama puteri-puteri kesayangannya Ming dan Aoki dan tidak lupa dengan anak hasil perkahwinan beliau dengan pelakon Djimon Hounsou bernama Kenzo. Bagaimana Kimora melakukan pelbagai kerja dalam satu masa? Segalanya dapat anda saksikan dalam KIMORA: LIFE IN THE FAB LANE (YEAR 4).

Kimora

Musim ini anda dapat menyaksikan bagaimana Kimora membuat persiapan sambutan ulang tahun yang ke-8 untuk Aoki Lee. Sambutan ulangtahun ini cukup unik kerana ia digabungkan dengan persembahan peragaan untuk Baby Phat. Selain itu, Kimora juga membawa keluarga bercuti di Hawaii sekaligus mengambil peluang untuk mengadakan ‘fashion show’ di sana.

“Kimora Lee Simmons merupakan seorang wanita cantik dan usahawan yang bijak. Walaupun ada pihak yang mengkritik personaliti beliau, namun kita masih tidak dapat lari untuk terus menonton Kimora. Jangan ketinggalan menyaksikan aktiviti harian Kimora yang penuh glamor dan pastinya padat dengan drama,” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Anda pastinya tidak akan bosan mengikuti kisah hidup Kimora yang penuh dengan drama dan aksi-aksi spontan daripada keluarga beliau. Saksikan bagaimana Kimora menguruskan bisnes dan mengimbangi kehidpan hariannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama, gosip dan perkembangan terbaru dunia fesyen dalam KIMORA: LIFE IN THE FAB LANE (YEAR 4), setiap Ahad, jam 10.00 malam bermula 15 Januari 2012 hanya di 8TV! Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro. Tontoni rancangan 8TV kegemaran anda di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

Kimora

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefilem Surirumah 7 Hari & Baju Kebaya Terakhir Bapak

Flying High Across Australia Airasia X