in

Rawatan Salon Rambut Dengan Keratinology Sunsilk

Mengekalkan Kecantikan Rambut Rawatan Salon dengan Keratinology by Sunsilk

Kaum wanita mengunjungi salon bagi mendapatkan gaya dandanan terkini dan lazimnya berharap agar mereka dapat meninggalkan salon pendandan rambut menggayakan potongan bergaya serta menampilkana ketenangan dan semangat yang diperbaharui. Bagaimanapun, lazimnya mereka melangkah keluar dari salon dan menghadapi masalah untuk mengekalkan kecantikan rambut dandanan salon di rumah. Rambut rawatan salon mengalami perubahan saintifik dan lebih cenderung untuk rosak. Akibatnya, kemerosotan hasil dandanan salon tidak boleh dielakkan.

Keratinology Sunsilk

Pergelutan untuk mengekalkan rambut anggun kini sudah tamat. Sepasukan pakar dan saintis global telah berpadu tenaga bagi menghasilkan jenama rawatan rambut premium yang canggih, iaitu Keratinology by Sunsilk yang bertindak dengan harmoni seiring rawatan salon. Rangkaian baru ini membolehkan kaum wanita mengatasi masalah mengekalkan kecantikan rambut dandanan salon melalui rawatan di rumah yang berkesan. Secara khususnya, rangkaian ini menggunakan kuasa Teknologi PicoTM dalam rumusannya, menyemai nutrien-pico yang 1,000 kali lebih kecil dari nano, serta kompleks pembaikan keratin unggul untuk terus membentuk semula dan memberikan nafas baru kepada rambut.

“Kami sedar bahawa kaum wanita inginkan rambut dengan gaya dandanan salon yang berkekalan. Bagaimanapun, mereka sudah sedia maklum mengenai cabaran-cabaran dalam mengekalkan kecantikan kesempurnaan dandanan salon. Mengekalkan kecantikan rambut dandanan salon di rumah lazimnya sukar kerana kecantikannya mudah pudar tanpa rawatan harian yang betul,” kata Hugo Verkuil, Pengarah Pemasaran, Malaysia dan Singapura, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Rambut lazimnya menjadi lemah akibat bahan kimia yang digunakan dalam rawatan salon.Keadaan ini selalunya menjadi lebih teruk akibat penggayaan harian yang mengakibatkan kehilangan protein dan menghasilkan ketidaksempurnaan halus pada permukaan. Bukaan kecil ini membolehkan radikal bebas masuk dan menjejaskan serat rambut. Lambat-laun, proses ini menjadi dalang di sebalik kecantikan rambut dandanan salon yang semakin pudar – mengakibatkan rambut kelihatan kusam dan tidak bermaya. Ini dikenali sebagai ‘Kitaran Kecantikan Infinit’.

Keratinology Sunsilk

“Berbekalkan pemahaman saintifik dan profesional yang mendalam ke atas perilaku rambut, Unilever mengiktiraf bahawa kaum wanita memerlukan penyelesaian bagi mengekalkan dandanan rambut rawatan salon dan menampilkan gaya tersendiri mereka. Keratinology by Sunsilk direka untuk memenuhi keperluan kaum wanita dari kerusi salon dan mengekalkan kecantikan serta keanggunan rambut mereka. Rangkaian ini direka untuk melengkapi perubahan anatomi dalam struktur rambut khususnya selepas rawatan salon,” tambah Verkuil.

Rumusan revolusioner ini memastikan tiada seurat rambut yang tidak dirawat dan memenuhi keperluan semua jenis rambut, sama ada ia telah diwarnakan, dikeritingkan atau diluruskan secara profesional, malah rambut yang telah mengalami kerosakan secara semula jadi dengan peredaran masa. Keratinology by Sunsilk mengekalkan kitaran kecantikan rambut dengan memperkukuhkan kekuatan dan sinar semula jadinya.

Keratinology Sunsilk

“Berasal dari tengah-tengah ibu kota fesyen yang mempengaruhi perkembangan trend, para pakar di Keratinology Institute benar-benar memahami perkara yang menjadi ikutan dan sebaliknya. Kewujudan Keratinology by Sunsilk adalah berlandaskan pemahaman ke atas trend konsumer dan dipertingkatkan dengan kemahiran mereka dalam rumusan produk,” kata Verkuil.

Keratinology by Sunsilk meliputi rangkaian rawatan di rumah khusus untuk rambut yang telah menjalani rawatan kimia berbeza bagi menghasilkan kesempurnaan dandanan salon yang berkekalan. Rangkaian rawatan rambut premium ini merangkumi tiga varian – iaitu rangkaian Advanced Reconstruction, Korean Bounce Therapy dan Sun Kissed Colour Therapy bagi mengekalkan dandanan anggun daripada rawatan salon.

Rangkaian Advanced Reconstruction meninggalkan kesan nyata ke atas metamorfosis rambut dengan memulihkan kerosakan yang terkumpul selama setahun dan mentransformasikan rambut menjadi sihat dan berkilat dalam masa lima hari*. Rambut keriting, sihat dan lembut yang menambahkan lantunan pada rambut anda boleh dikekalkan dengan rangkaian Korean Bounce Therapy baru. Ia direka untuk memberi khasiat kepada setiap inci rambut, sehingga ke hujung rambut keriting yang rapuh. Sun Kissed Colour Therapy menghasilkan warna terang dan sinar kepada kaum wanita dengan rawatan warna terkini, termasuk kesan 3D untuk bahagian rambut yang mempunyai “highlight” dan sebaliknya.

Keratinology Sunsilk

Rambut dandanan sempurna dari salon kini boleh dimiliki dengan asas yang betul menggunakan Keratinology by Sunsilk. Produk-produk dalam setiap varian direka untuk memberi khasiat kepada rambut di pelbagai peringkat dalam kitaran kecantikan infinit bagi meningkatkan kesan rawatan profesional. Kaum wanita boleh mengekalkan rambut cantik dengan mudah bermula dari saat mereka melangkah keluar dari salon.

Rangkaian Keratinology by Sunsilk ditawarkan di semua farmasi terkemuka dengan harga dari RM17.50 hingga RM32.90. Setiap syampu, kondisioner, mask dan rawatan semalaman serta Heat Protector Spray Anti Frizz dengan UV Filter yang pertama seumpamanya dan Dual Treatment Shots digabungkan untuk memastikan rambut anda kekal bergaya di samping menyerlahkan rambut anda dengan dandanan ibarat mendapat rawatan salon setiap hari.

* Memulihkan kerosakan terkumpul selama setahun dalam hanya 5 hari.

Latar belakang Sunsilk
Sunsilk adalah jenama penjagaan rambut terulung Unilever, dijual di 80 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan jualan bernilai AS$1 bilion. Sunsilk adalah jenama terunggul dalam pasaran penjagaan rambut Asia dan Amerika Latin. Sunsilk juga dijual sebagai Elidor, Seda dan Sedal. Di Malaysia, Sunsilk adalah peneraju pasaran dengan pegangan pasaran lebih dari 20%.

Kitaran Kecantikan Infinit
Kecantikan lahir dari dalam, khususnya jika ia melibatkan rambut anda. Rambut anggun mungkin boleh dihasilkan dengan rawatan kimia, tetapi ini turut melemahkan rambut di samping menjadikannya lebih mudah rosak sebelum kunjungan anda ke salon yang seterusnya. Lambat-laun, kemerosotan tahap kesihatan rambut akan memudarkan kecantikan salon. Ini dikenali sebagai ‘Kitaran Kecantikan Infinit’.

Rahsia di sebalik mengekalkan rambut anggun adalah memberi perlindungan dan khasiat kepadanya. Advanced Reconstruction Program telah direka menggunakan Pico Technology™ bersifat revolusi yang membolehkan pico-nutrien dan kompleks keratin menembus masuk jauh ke dalam korteks rambut untuk memberikan khasiat dan membina semula rambut tersebut. Miliki rambut bersinar dan sihat yang berkekalan selepas meninggalkan kerusi salon dan alami metamorfosis rambut penuh dengan mengamalkan rejim rawatan rambut yang menepati kitaran kecantikan rambut.

Keratinology Sunsilk

Minggu 1 dan 2
Apa yang sedang berlaku kepada rambut anda?
Sejurus selepas anda keluar dari salon, rambut kelihatan cantik bersinar tetapi hakikatnya ia terdedah kepada kerosakan kerana ia baru menjalani perubahan anatomi.

Apakah rawatan terbaik?
Kembalikan tenaga kepada rambut anda dengan menggunakan syampu dan kondisioner setiap hari. Gunakan Advanced Reconstruction Overnight Treatment selang semalam untuk memberi khasiat kepada rambut anda.

Minggu 3 dan 4:
Apa yang sedang berlaku kepada rambut anda?
Walaupun rambut kelihatan cantik dan bersinar, rambut mula kehilangan protein, menjadikannya terasa kasar, kering dan berkeriting, khususnya di bahagian hujung.

Apakah rawatan terbaik?
Dua kali seminggu, mula berikan khasiat kepada rambut dengan Spa Mask yang menembus sedalam tiga lapisan, membantu membina semula dan menampal kutikel rambut untuk rambut licin dan bersinar bertaraf rawatan salon.

Minggu 5 dan 6:
Apa yang sedang berlaku kepada rambut anda?
Rambut semakin sukar didandan dan menjadi sukar diurus. Mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut dengan kerap mengakibatkan retakan dalam kutikel rambut dan mengurangkan kelembapan.

Apakah rawatan terbaik?
Atasi rambut yang sukar diurus dengan Heat Protection Spray sewaktu mendandan bagi mengekalkan pico-nutrien dan menghalang rambut terputus dan menjadi keriting.

Minggu 7 dan 8:
Apa yang sedang berlaku kepada rambut anda?
Kecantikan dan bentuk dandanan rambut mula hilang. Semasa anda tidur, rambut terus kehilangan kecantikan dan kekuatannya akibat geseran yang kerap.

Apakah rawatan terbaik?
Gunakan Overnight Treatment 4 kali seminggu, sehingga anda mula menggunakannya setiap hari untuk menampal rekahan dalam urat rambut akibat kerosakan bagi mendapatkan dandanan ala-salon. Rawatan semalaman ini akan membaikpulih rambut anda semasa anda sedang tidur. Sambutlah hari baru dengan rambut yang dibaikpulih dengan sempurna.

Selepas minggu 8:
Apa yang sedang berlaku kepada rambut anda?
Protein di dalam rambut semakin hilang akibat pendedahan kepada alam sekitar setiap hari. Ia amat memerlukan khasiat dan inilah masanya untuk mengunjungi salon!

Apakah rawatan terbaik?
Berikan rambut anda satu rangsangan untuk tumbuh semula dengan Dual Treatment Shots yang kuat setiap tiga hari bagi mengembalikan kecantikan dan menyediakan rambut anda sebelum anda mengunjungi salon semula.

Keratinology Sunsilk

Keratinology Sunsilk

Keratinology Sunsilk

Keratinology Sunsilk

Keratinology Sunsilk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Semerah Naga Panah Asmara

Sofazr Nyanyi Lagu Tema Cinta Kura-Kura PENCINTA TERBAIK