SUNDAY DAY TIME SPECIAL: TORNADO, 21 SEPTEMBER 2008 (AHAD), JAM 3.00 PETANG DI RTM2.
Kehadiran taufan yang melanda Berlin benar-benar menggemparkan seluruh penduduk di kawasan tersebut. Filem Inggeris yang penuh aksi dan dramatik ini akan menghiasi kaca televisyen anda dalam slot Sunday Day Time Special untuk siaran pada 21 September 2008.
Filem Tornado ini mempersembahkan barisan pelakon terkenal antaranya Matthias Koeberlin, Mina Tander, Sascha Gopel, Lisa Martinek, Rudolf Kowalski dan Martin Lindow. Cerita ini mengisahkan tentang fenomena yang luar biasa apabila bandar Berlin dilanda rebut taufan serta ketulan hujan batu yang amat dahsyat. Sewaktu kejadian ini berlaku, seorang ahli meteorologi bernama John yang baru sahaja pulang dari pengajian dalam bidang taufan ( tornado ) di Oklahoma, Amerika Syarikat.
John pulang ke Berlin untuk mencari bekas teman wanitanya, Eva yang merupakan seorang doktor yang telah menjalinkan hubungan dengan sahabat karib John yang bernama Bruno, juga merupakan ahli meteorologi. Pada masa yang sama, Bruno telah mengambil alih tugasnya menjadi pembantu kepada ayah John.
John yang memiliki kepakaran dalam meramal cuaca menjangkakan bahawa taufan yang dahsyat akan melanda Berlin. Bersama-sama dengan Eva, John cuba menyakinkan ayahnya supaya memberi peringatan dan amaran kepada penduduk Berlin untuk bersiap sedia bagi berhadapan dengan kehadiran tonado yang bakal melanda.
Berjayakah mereka menyelamatkan diri dengan melawan ancaman taufan? Apakah kesudahan kejadian yang berlaku terhadap penduduk Berlin? Tontoni filen “tornado”untuk mengetahui kesudahannya.
Tornado akan disiarkan pada 21 September 2008 (Ahad), jam 3.00 petang menerusi slot Sunday Day Time Special.