in

Kejutan Moon Hot FM & Budiey @ Majlis Berbuka Puasa Kelab Peminat Faizal Ismail

Pada 14 September yang lalu, Budiey dijemput oleh Moon, penyampai info traffic dan berita di HOT FM untuk buat kejutan kepada Faizal Ismail di majlis berbuka puasa anjuran Kelab Peminat FBI. Sebenarnya, mereka merancang untuk menjemput Seelan Paul, Fara Fauzana dan beberapa penyampai untuk kasi kejutan kat gathering ini, tetapi masing-masing sibuk, jadi terpaksalah Moon dan Budiey yang menggantikan mereka.

Budiey pun rasa ralat kalau tak join gathering berbuka puasa ini sebab tak sampai hati nak tolak pelawaan Moon. Orang kata tak baik tolak jemputan orang kan? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Dari Kelana Jaya, Budiey tumpang kereta Moon untuk ke Restoran Molek yang terletak di Section 7, Shah Alam. Kalau korang nak ke Restoran ini, senang sahaja untuk mencari restoran ala masakan Kelantan ini sebab ia terletak di belakang Esso, berhampiran dengan UiTM Back Gate. 

Terima kasih ya Moon sebab sudi ajak Budiey kasi kejutan kat Faizal. Untuk info korang, biasanya korang boleh dengar suara Moon berkumandang di radio paling HANGAT di Malaysia, HOT FM ini pada waktu pagi.

Budiey kesian sangat kat Moon sebab terpaksa bekerja pada pagi raya. Uik, Budiey pernah kerja dulu pada hari raya pertama. Memang sadis sangat. Bayangkan, orang lain tengah asyik bergembira ngan famili kita lak kena kerja.

Untuk info korang, pada hari raya pertama, Moon akan menemani Fara Fauzana dari jam 6 hingga 10 pagi. Tapi pada pagi raya, Moon tak perlu baca info trafik katanya. Jadi, kerja diaorang ni mesti sibuk siar lagu raya dan takbir raya je la di samping membaca ucapan yang dihantar oleh para pendengar.

Sebenarnya, pada pagi raya, suasana konti Hot FM memang agak meriah sebab kedudukan konti ini sebenarnya di tingkat bawah dan di kawasan center. Boleh dikatakan ramai staff TV3 yang bekerja akan singgah di konti untuk beraya.

Di gathering tu, Budiey ada berkenalan dengan beberapa orang moderator forum ini iaitu Shafiq Ismail (dari Shah Alam) dan Eza (dari Teluk Panglima Garang) yang juga menjadi founder forum FBI. Khabarnya forum ini sudah berusia 2 tahun dan telah menghimpunkan sebanyak 700 ahli di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak. Asalnya, mereka semua ni adalah peminat Fara Fauzana dan dari situ mereka juga menjadi penyokong dan peminat setia Faizal Ismail yang berkolaborasi dengan Fara di AM Krew.

5 sebab mengapa mereka begitu meminati Faizal Ismail:

  1. Orangnya kelakar dan suka menceriakan orang sekeliling
  2. Open minded dan sporting habis
  3. Bertanggungjawab
  4. Berbakat besar dalam lakonan, teater dan pengacaraan
  5. Santai dan rileks

Restoran ni sebenarnya kecil tetapi masakan dia boleh lah tahan sedapnya. Kepada korang yang suka makan masakan Kelantan, kat sini memang kira bolehla disinggah. Tapi tak boleh lawan Kampung Baru punya.

Dekorasinya pun sederhana dan simple aje. Budiey tertarik dengan frame gambar yang disusun secara rawak ini. Ada macam-macam gambar yang bercirikan estetika dan seni dari Kelantan. Alamak, rindu giler kat Kelantan nih. Tak sabar nak balik beraya kat kampung 28 hb September nih. Kepada orang kampung semua, tunggu kawe deh!

Lampu dia pun cantik. Mana nak beli lampu camni yek?

Masakan paling Budiey gemari. Ikan siakap tiga rasa.

Sebelum berbuka, Budiey ada masa sikit untuk tarik Faizal shooting sikit gambar. Kebetulan petang tu, hujan turun renyai-renyai. Kira suram jugaklah cuacanya. Tapi gambar Faizal tetap nampak berseri terpancar sekali… hehehe.

Faizal Ismail akan mula bercuti pada 27 September hingga 5 Oktober dan akan pulang ke Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk beraya bersama orang tuanya di Kedah. Sementara isterinya, Norazrina Ahmad pula berasal dari Sungai Choh, Rawang. Setakat ini, Faizal tak pernah lagi beraya pada hari raya pertama di konti tetapi kalau hari raya kedua tu, pernah jugak la sekali iaitu tahun pertama bekerja di HOT FM pada tahun 2006.

Penyampai radio popular ini begitu menggemari ketupat daun palas dan rempeyek untuk dijamah pada pagi raya.  

Pengertian hari raya pada Faizal, adalah hari yang mulia di mana semua bermaafan, menyambut dengan rasa kesyukuran dan kegembiraan.

Untuk raya ni, Faizal akan tukar duit raya dalam RM1,000 untuk diberikan kepada sanak saudaranya.

Kenangan yang tak dapat dilupakan oleh Faizal pada hari raya tahun lepas di mana isterinya telah kehilangan adiknya akibat kemalangan jalan raya di Port Dickson.

Budiey bersama Shafiq dan Faizal.

Wah, siang-siang dah sign cek untuk peminat yek? Ooo tak la, Faizal sign kad raya rupanya.

Ini lah semua ahli kelab yang datang join.

Faizal bersama isteri dan anak kesayangan.

Untuk program TV di hari raya, Faizal telah pun menyiapkan rakaman Melodi Raya bergandingan bersama Nabil di pentas, Ghazal Rock yang akan disiarkan pada hari raya kedua, Setahun Sekali Lagi, Raya Bersama Fara (tetamu jemputan) dan Jom Ronda.

HOT FM VS ERA. Perang masih lagi berlangsung!

Secara faktanya, jumlah pendengar HOT FM kini semakin meningkat dan Budiey ada dengar dari sumber yang mengatakan radio Era telah jatuh rating akibat dari pendengar sudah beralih kepada HOT FM dan Suria FM. Ternyata, Hot FM telah merapatkan jurang sebanyak 3 juta dan hingga kini hanya 400 ribu lagi untuk mengalahkan Radio Era yang memegang takhta radio nombor satu. Satu pencapaian yang gemilang buat Hot FM kerana dapat merapatkan jurang itu dalam tempoh dua tahun sahaja. Budiey menjangkakan Hot FM akan berjaya untuk mengalahkan Era suatu hari nanti. Selamat maju jaya lah…

Kepada korang yang ingin mengikuti forum dan mengetahui kegiatan ahli kelab ini, bolehlah melayari:

http://faizalismail.proboards81.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CATRIONA ROSS DALAM DRAMA ANJUNG SOFEA

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP