in ,

Gossip Fara Fauzana Akan Bertunang dan Berkahwin Tidak Benar?

Apa? Fara Fauzana nak bertunang? Budiey tak percaya! Lagi tak percaya apabila mendapat tahu Fara Fauzana ada kekasih. Setahu Budiey, Fara memang ramai kawan rapat. Ada kawan rapat dia yang satu tu, sanggup ikut dan teman dia kat satu show nun jauh ke Selatan. Sanggup nih. Tak kira lelaki dan perempuan.

Wowooo, dan mengikut berita yang Budiey baca ini, Fara Fauzana akan melangsungkan majlis pertunangannya pada Disember ini. Kekasih Fara tu adalah kawan baik Fara yang menuntut di UiTM dan sekarang bekerja sebagai orang kanan dengan ahli politik. Wah, propah sangat!

Budiey dah selidik dah semalam. Sebenarnya, gossip ini tak betul. Fara takde kekasih tapi kawan lelaki yang rapat memang ramai gila.  Dunia Fara memang sibuk dengan kerja. Pendek kata, kerja, kerja, kerja dan kerja. Sebelum tutup mata… kerja, kerja… kerja. Selain sibuk menguruskan adiknya yang bernama Nadeen tu sambung belajar ke oversea, Fara sekarang sibuk dengan komitmen dan tanggungjawab kariernya.

Huhu, bagus jugak gossip macam ni keluar. Sekurang-kurangnya, bolehlah kita tengok ada jejaka peminat Fara yang sedang makan hati bila dengar Fara akan kahwin. Padahal semuanya PROPAH!

“Oh Sayang, engkaulah jejaka idaman…”

FARA FAUZANA BERTUNANG HUJUNG TAHUN?
MUNGKIN agak panas berita yang nak sampaikan ini sepanas stesen radio tempat deejay ni bekerja. Siapa lagi kalau bukan Fara Fauzana. Selama ni Fara bebas dari sebarang gosip cinta dan tak dikaitkan dengan mana- mana lelaki tetapi berita yang nak kongsi ini memang datangnya daripada sumber yang sahih.

Siapakah sumber yang dimaksudkan ini tak payah ceritalah. Yang penting khabarnya dalam diam Fara dah ada teman lelaki. Yalah, selalunya kalau kita tanya Fara, mati hidup balik pun dia tak akan cerita kisah cinta dia. Bila tanya ada ke tak teman lelaki jawapannya tak sempat nak cari.

Biasalah, tu semua jawapan standard. Takkan nak mengaku kut. Tak gitu Fara?

Tapi mengikut sumber yang boleh dipercayai, Fara dikatakan akan melangsungkan majlis pertunangannya pada hujung tahun ini. Sumber itu kata lagi lelaki yang menjadi buah hati Fara sekarang ini bekerja sebagai orang kanan dengan ahli politik terkenal. Bila sebut orang kanan tu, sudah tentulah bukan sembarangan orang. Mesti ada kedudukan juga tu.

Tapi dalam hal ini biarlah ia keluar daripada mulut Fara sendiri. Cukuplah kita bagi “clue”. Selebihnya kita suruh tuan punya badan buat pengesahan. Kata sumber itu lagi jejaka pilihan Malaya itu merupakan rakan baik Fara ketika mereka sama-sama menuntut di UiTM dulu.

“Saya berani katakan mereka memang bercinta dan tengah rancang nak bertunang. Kalau tak ada aral melintang hujung tahun ni kut. Kita tunggu dan lihat sajalah.

“Yang penting mereka sekarang memang bahagia. Saya pernah nampak mereka keluar makan,” ujar sumber itu.

Kalau betullah Fara nak bertunang hujung tahun ni kira baguslah. Mudah-mudahan Fara tak sorok berita ni. Yalah, perkara yang baik. Kalau disorok takut nanti jadi tak baik.

Kredit : Dipetik dari Utusan Malaysia, 14 September 2008

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sham Kamikaze Berkahwin Dengan Gadis Batu Pahat, Johor

ALYSSA SOEBANDONO, RAYA KOHANDI, EENG SAPTAHADI DALAM DRAMA HIDAYAH RAMADAN