Sungei Wang Plaza anda untuk menyaksikan Pertunjukan Fesyen Oriental Chic oleh Kenneth Hoong sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2012 pada:
Tarikh: 12 Januari 2012 (Khamis)
Masa: 7:30pm
Tempat: Ruang Legar Sungei Wang Plaza
Khas dianjurkan sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2012, pertunjukan fesyen ini akan mempamerkan ciptaan dan rekaan Kenneth Hoong yang terkenal dengan cheongsam beliau yang elegan dan klasik.
Dua puluh empat (24) cheongsam unik yang direka oleh Kenneth Hoong akan dipamerkan bersama-sama dengan aksesori dan ulasan ranbut tradisional pada malam itu. Cheongsam- cheongsam ini diperbuat daripada kain sutera Thai, Kapas Raja, manik-manik, sulaman dan warna tertumpu kepada emas & Merah yang melambangkan budaya timur.
Rekaan-rekaan ini juga adalah gabungan budaya Baba Nyonya untuk menandakan campuran klasik dan kontemporari fesyen. Cheongsam- cheongsam ini adalah edisi terhad dan tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa sebelum ini.
Kenneth Hoong adalah pereka fesyen tempatan Malaysia yang sangat popular. Beliau telah berada dalam industri ini selama 24 tahun. Beliau memiliki cap dagang dan nama Studio Butterfly yang memenuhi pakaian klasik dan elegan Cina tradisional. Pertunjukan fesyen kali ini adalah pertunjukan ke-tiga Kenneth. Pertunjukan pertama & keduanya telah diadakan pada tahun 2005 & 2008.