RM1.4juta berjaya direbut dalam merealisasikan idea hebat usahawan dalam Rancangan Make The Pitch Musim 1
Sesi melontarkan idea mungkin dilihat antara tugas rutin para usahawan dalam mendapatkan dana buat menjayakan ilham perniagaan mereka malah sifat keyakinan pada diri juga antara kriteria penting dalam alam perniagaan yang sememangnya mencabar. Bagi para usahawan yang bersaing dalam rancangan ‘Make The Pitch’ yang disiarkan di ntv7, sesi berkongsi idea hebat bertukar kepada medan pertempuran mereka dengan sifat asertif dan keyakinan mereka yang tinggi. Mungkin tidak ramai yang berani berkongsi ilham perniagaan hebat mereka kepada juri namun hanya tiga yang menjadi perhatian dan mereka kini telah bergelar juara di dalam Make The Pitch untuk musim pertama pada 4 Januari 2012 yang lalu.
Fadzli Anuar Shah, Jay Menon, dan Tan Aik Keong bukan sahaja memenangi hati pelabur daripada MyEG Services Berhad, Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Cradle Fund Sdn Bhd., malah dianugerahkan dana dalam merealisasikan ilham perniagaan mereka yang berjumlah sehingga RM1.4 jutal. Juri yang bertanggungjawab dalam pusingan Akhir itu adalah – T.S. Wong (Pengarah Urusan, MyEG), Dato’ Norraesah Mohamad (Pengerusi Eksekutif, MyEG), Datuk Badlisham Ghazali (Ketua Pegawai Eksekutif, MDeC), dan Nazrin Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif, Cradle Fund).
“Kami amat gembira dengan hasil rancangan Make The Pitch Musim 1. Kami bersedia untuk membantu usahwan yang berjaya dalam memajukan perniagaan mereka sehinga ke tahap penuh potensi yang ada. Buat usahawan yang gagal mendapatkan dana pula tidak bererti bahawa perniagaan mereka tidak boleh diusahakan tetapi dengan iltizam dan keazaman mereka, kami pasti mereka akna mencapai kejayaan,” kata T.S.
Walaupun tiga usahawan telah dinobatkan pemenang namun Fadzli Anuar Shah mendapat dana tertinggi dengan pelaburan RM700,000 daripada MyEG dan MDeC. “Bersaing bersama beberapa lagi usahawan ternama dan golongan selebriti sememangnya pengalaman berharga buat saya dan rakan kongsi. Ianya bagaikan sebuah rahmat berjaya sehingga ke tahap ini dan diberikan dana lebih yang memang sesuatu yang tidak dapat disangkakan,” kata Fadzli.
Lepasan sarjana dalam bidang keusahawanan dari Fakulti Perniagaan London berusia 26 tahun itu telah memulakan ‘Voucherers Mobile’ dengan tiga lagi rakannya pada May 2011. Ilham perniagaannya adalah dengan memberikan pengguna baucar daripada syarikat berkaitan di saat mereka memasuki pasaraya berkenaan dengan memuat turun aplikasi istimewa melalui telefon pintar mereka. “Dengan duit dana yang diterima daripada pelabur, kami berharap dapat mempromosikan ‘Voucherers Mobile’ sekurang-kurangnya ke lima buah negara dengan menyasarkan 500 jenama yang berbeza-beza dalam tempoh dua tahun.
Sementara itu, penyampai TV yang juga pengacara, Jay Menon berjaya mendapatkan dana berjumlah RM350,000 untuk meneruskan ilham perniagaannya – SCOXX – sebuah laman sesawang interaktif untuk jaringan komuniti social khas untuk penggemar sukan di Malaysia yang menghubungkan dan memberi galakan untuk masyarakat untuk bermain pelbagai jenis sukan, mengembangkan jaringan social serta untuk kehidupan yang lebih sihat. Seorang lagi yang berjaya adalah Tan Aik Keong yang diberikan RM350,000 dengan idea – MasaTu – sebuah ruang atau pentas yang menambahbaikan pengalaman social seseorang melaui aktiviti nyata sebenar. Penggunanya dapat berkongsi dan menguruskan setiap detik bersama keluarga dan sahabat handai. Ianya menawarkan pengalaman social baru yang menghubungkanaktiviti masa lalu dan akan datang. MasaTu adalah sebuah projek di bawah Agmo Studio, di mana Aik Keong dan dua lagi rakannya telah mengusahakannya sejak 2010.
“Kami mengambil kesempatan daripada pertumbuhan yang menggalakkan melalui telefon dan jaringan sosial yang merupakan gaya hebat di era kini. Saya rasa ianya amat penting untuk mendapatkan minat para pelabur dengan memberikan mereka ilham yang relevan kepada pasaran sekarang,” kata Aik Keong
Ditaja oleh MyEG Service Berhad, Make The Pitch bersiaran setiap hari Rabu, jam 8.30 malam di ntv7. Ia memberikan peluang kepada para usahawan untuk membentangkan ilham perniagaan mereka untuk bersaing mendapatkan dana daripada barisan pelabur yang berpotensi. Peserta bukan sahaja memerlukan idea inovatif malah perlu berkeyakinan dalam memenangi hati para juri.
Make The Pitch terbuka kepada individu berusia 18 tahun ke atas yang telah mendaftarkan syarikat di bawah nama mereka. Rancangan reality ini juga terbuka kepada Badan-badan berdaftar atau sebaran pertubuhan yang mempunyai idea inovatif untuk dikongsikan. Organisasi ini perlu diwakili seseorang yang mampu membuat perubahan kepada organisasi yang diwakilinya.
Pencarian idea ini bermula sejak Julai 2011 dengan ujibakat yang diadakan di Penang, Johor Baru dan Kuala Lumpur. Sejumla 30 peserta telah disenarai pendek di mana mereka telah di tapis. Kemudian mereka kembali semula untuk sesi rakaman untuk membentangkan semula idea perniagaan mereka kepada pelabur yang berpotensi. Pada pusingan awal sekali lagi mereka ditapis sebelum ke pusingan seterusnya. Mereka juga diberikan modal untuk menjalankan tugas dalam memasarkan idea mereka seperti yang diarahkan para pelabur untuk menguji sejauh mana keupayaan mereka. Mereka yang berjaya di pusingan ini kemudian dibawa ke pusingan akhir.
Make The Pitch Musim 2 kini sekali lagi dibuka untuk permohonan daripada orang ramai. Rakyat Malaysia harus berubah daripada pengguna teknologi kepada pencipta produk inovatif di peringkat global untuk memajukan negara. 2012 adalah tahun untuk berinovasi dan kami yakin Make The Pitch Musim 2 akan menjadi pemangkin kepada pertrumbuhan dan penemuan banyak lagi produk inovatif,” tambah T.S.
Kepada sesiapa yang mempunyai idea bijak untuk dikongsi layari www.myeg.com.my/makethepitch. Rancangan selama 12 episod ini dihoskan oleh seorang usahawan yang juga penyampai TV, Nazril Idrus.
Buat mereka yang terlepas peluang menonton, layari www.TonTon.com.my.