Bayangkan, filem Syirik arahan M. Subash ini telah menjalani pengambaran selama 4 hari sahaja. Tak tahu Budiey nak cakap, samada M. Subash dah berjaya pecahkan rekod antara filem yang paling singkat menjalani pengambaran.
Bukan itu saje, Syirik’ adalah projek filem terbaru daripada Genius Parade yang diarahkan M. Subash ini ada memetik kisah sendiri, ‘Syirik’ mempertaruhkan pelakon yang rata-ratanya baru dan tidak dikenali.
“Saya percaya, populariti bukan tiket untuk lakonan hebat. Memang ramai pelakon ‘Syirik’ kebanyakannya baru, tetapi ada juga pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini tetapi kurang dikenali. Saya tahu mereka semua berbakat dan perlu diketengahkan. Kehadiran Mak Mah (Ruminah Sidek) sebagai penasihat lakonan diharap dapat membantu produksi ‘Syirik’,”