Saya sememangnya menantikan penampilan beliau dalam drama ini. Saya harap juga gaya dan gerak lakonannya tidak sama dengan apa yang kita tonton dalam filem GUBRA dan SEPET. Penampilan seorang pelakon yang berasal daripada Singapura, Aaron Aziz turut mencuri tumpuan. Saya kira pelakon ini telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan nama beliau di Malaysia.
Nantikan kemunculan Isma Yusoof dalam drama di slot Samarinda di TV3. Drama yang bertajuk Emilemilda itu dijangka akan menembusi kaca TV anda pada bulan Mac 2007.
Hahaha… Lambat lagi kan? Tapi saya sudah tidak sabar untuk menonton lakonan Isma Yusoof yang saya kira memang mantap dan berkarisma. Setelah saya yakin ketika menonton lakonannya dalam Sutun 2 dan sebuah drama yang skripnya ditulis oleh Nizam Zakaria tidak lama dulu.
Setelah lakonannya yang sungguh berkesan pada hemah saya, kemunculan drama ini akan meletakkan nama Isma Yusoof lebih kukuh di persada seni lakon tanahair.
Semoga dengan kehadiran tahun baru ini akan membuah sesuatu yang baru yang lebih segar di jiwa pelakon yang akan meningkat naik ini.
Tahniah Isma Yusoof kerana melangkah setapak lagi. Dari seorang pereka web kepada pelakon TV!
Yang menariknya drama ini adalah hasil arahan Shahrulezad Mohamedin yang terkenal dengan pengarahan yang berkarismatik dalam Seputeh Qasih Ramadan. Sama-sama kita nantikan!
SINOPSIS EMIL EMILDA
Emil Emilda mengisahkan cerita seorang gadis bernama Emilda yang bekerja sebagai seorang kerani fail di sebuah stesen televisyen tempatan.
Di sebalik kekurangannya yang tidak menarik dan ‘clumsy’ Emilda merupakan satu satunya pekerja yang amat disayangi oleh Tan Sri Nik Baseera, CEO stesyen televisyen Baseera Media Group (CHANNEL TWELVE) kerana minat Emilda yang mendalam dunia penyiaran.
Pada suatu hari Tan Sri yang tidak mempunyai waris melainkan satu satunya anak saudara perempuannya yang tamak dan zalim telah mendapat khabar berita bahawa satu satunya anak kandungnya yang hilang disebabkan sebuah kemalangan jalan raya 20 tahun lalu telah pun ditemui.
Justeru itu Tan Sri nekad mahu bertemu dengan anak kandungnya itu yang bernama Boboi itu. Malang sekali sewaktu dalam perjalanan untuk bertemu dengan anak tunggalnya (yang belum pun ditemui secara empat mata) helikopter yang dinaiki oleh Tan Sri telah meletop di udara dan Tan Sri terkorban.
Akibat daripada itu Stesyen televisyen Channel Twelve kehilangan CEO nya. Maka Darleena, satu satu anak saudaranya yang jahat merasakan dirinya adalah penganti yang paling tepat. Malang sekali Nazeem, peguam syarikat memberitahu semua ahli lembaga pengarah sebelum berlepas Tan Sri Baseera sempat berpesan sekiranya terjadi apa apa pada dirinya, dia mahu Emilda menjadi pengantinya sementara Boboi dicari.
Maka dalam sekelip mata dari seorang kerani fail yang sentiasa merendah diri, ‘clumsy’ dan ‘nerd’ Emilda dinobatkan sebagai CEO baru Baseera Media Group. Namun begitu tidak semudah yang dijangkakan Emilda dikena kan syarat… dia harus mencari seorang suami dalam tempoh enam jam.
Itulah syarat yang telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah. Demi menyelamatkan Channel Twelve dari jatuh ke tangan wanita sejahat Darleena, Emilda sedar dia perlu menggalas harapan Tan Sri.
Justeru itu dengan bantuan Nazeem, peguam syarikat yang setia, dan MAC dan EJ dua sahabat karibnya mereka bersama sama berganding bahu mempertahankan Channel Twelve.
Masalahnya, macam mana Emilda terpaksa mencari bakal suaminya dalam tempoh enam jam? Di sini Emil pun muncul menyelamatkan keadaan….apa cerita seterusnya… saksikanlah kemunculan pertama kali Sharifah Amani sebagai Emilda dalam drama bersiri komedi romantik EMIL EMILDA di slot Samarinda Mac ini di TV3!