Blog Budiey.com mulanya menjadi antara puluhan blog paling awal dalam senario dunia penulisan blog di Malaysia yang kian berkembang sekitar tahun 2000. Pemiliknya, Budiey Isma berasal dari negeri Kelantan dan dilahirkan pada 1 Ogos 1976. Berbintang Leo dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Merupakan anak sulung dari dua orang adik beradik.
Blog Budiey.com sentiasa mencari inisiatif bagi merapatkan hubungan dengan pembaca dengan mengadakan tayangan Premiere With Budiey. Di acara mingguan ini, pembaca berpeluang untuk menonton filem terbaharu bersama-sama bersama selebriti dan juga influencer yang dijemput khas. Kepada pembaca yang ingin hadir, bolehlah rujuk kepada PREMIERE WITH BUDIEY.
Awal-Awal Kewujudan Budiey.com
Kini menetap di Batu Caves, Selangor dan bergiat aktif dalam penulisan blog sejak tahun 2002 mulanya hanya sekadar satu hobi dan suka-suka untuk mengisi masa terluang. Selepas hampir 5 tahun menulis blog sebagai hobi, Budiey merencana untuk mewujudkan satu platform blog atau portal yang lebih komersial. Maka terbinalah blog Sensasi Selebriti ini yang dilancarkan di alam maya tanggal 7 Januari 2007, Hari Ahad.
Mungkin kerana aliran blog di Malaysia tengah berputik ketika itu, Blog Budiey.com mendapat sambutan hangat daripada pembaca blog yang dahagakan hidangan infomasi di hujung jari. Blog ini dilayari setiap hari khususnya pengikut dunia seni hiburan tanahair dan menerima komen dengan perdebatan netizen di setiap entri yang disiarkan.
Tanggal 1 Mac 2008, adalah detik mengujakan dalam hidup Budiey kerana mengambil keputusan nekad untuk menjadi penulis blog sepenuh masa. Satu kerja ‘gila’ dan ternyata ianya sangat mencabar sebab tak tahu masa depan dan juga pendapatan pun tak stabil.
Menjadi blogger sepenuh masa adalah satu keputusan yang agak berat dan sukar untuk dibuat. Namun, keputusan untuk menjadi penulis blog sebagai karier & segala pengorbanan yang dilaburkan nampaknya berbaloi.
Sosial Media & Blog Sebagai Karier
Kini, Budiey enjoy & happy dengan karier sebagai blogger sepenuh masa serta lifestyle yang sangat simple dan sentiasa aktif ke sana-sini mengikuti perkembangan dunia hiburan dan acara gaya hidup di Malaysia. Budiey cukup obses dengan dunia gadget dan teknologi, beliau mengisi masa lapang dengan menonton Netflix, iflix, Apple TV, Astro dan filem di pawagam, gemar melancong keliling dunia, melihat gelagat manusia, membaca novel dan majalah, menulis jurnal dan yang paling best kalau stress sangat Budiey suka pergi shopping. Mungkin itu terapi yang sangat sesuai untuk memuaskan kehendak hati.
Walaupun nampak raut wajah terlalu serius dan sukar untuk didekati, Budiey sebenarnya agak mudah untuk diajak berbual, berfikiran terbuka, positif dan optimistik. Minda terbuka dan sentiasa berusaha untuk mencapai segala impian menjadi misi yang utama dalam menerajui hidup ke arah kesempurnaan.
Mengapa Perlu Ada Budiey.com?
Budiey memilih domain Budiey.com (sebut: Budi. Sebab ramai juga yang panggil saya Buddy, budiye dan sebagainya) untuk blog Sensasi Selebriti ini adalah kerana ianya tampak ringkas, sederhana dan mesra serta catchy pula bunyinya. Mengapa tidak memilih Sensasi-selebriti.com? Oh, itu try tanya pakcik google… dah ramai sangat yang guna perkataan sensasi dan selebriti.
Sebenarnya, nama ‘Budiey’ itu satu nama yang jarang digunakan dan ianya unik di carian Google dan Yahoo. Tak caya, cuba buat carian ‘Budiey’ di Google.
Penulisan Satu Aspirasi & Pembelajaran
Seorang kaki wayang yang cukup obses dengan filem seram dan thriller. Mungkin kerana itu beliau tidak jemu untuk mengadakan Premiere With Budiey saban minggu. Acara santai ini menghidangkan filem terbaharu dengan menjemput selebriti dan pengikut setia menonton bersama-sama. Tidak sekadar menonton, mereka yang hadir akan turut memberikan ulasan jujur di laman sosial.
Penggemar pelbagai genre muzik terutamanya R&B dan pop. Selain menulis blog sepenuh masa, di awal tahun 2010, Budiey juga menimba pengalaman menjadi salah seorang seorang wartawan hiburan sambilan di sebuah majalah hiburan ketika.
Minat yang begitu mendalam dalam bidang penulisan terutamanya dalam aliran dunia hiburan, menjadikan Budiey lebih terbuka dan peka dengan isu-isu serta perkembangan dunia seni hiburan tanahair. Walaupun sukar untuk menggapai cita-cita menjadi seorang wartawan ketika itu, beliau menjadikan blog sebagai satu platform atau wadah bagi memantapkan kemahiran dalam bidang penulisan, komentar dan ulasan.
Pada persepsinya, penulisan yang bermutu adalah berdasarkan dari sumber yang betul lagi tepat disampaikan dengan ringkas, padat, cepat dan berinformasi. Orang zaman sekarang tidak suka membaca tulisan yang berbunga-bunga dan meleret-leret. Setuju tak?
Selain bergiat aktif dalam penulisan blog sejak tahun 2004, Budiey juga berminat dalam dunia fotografi & menanam cita-cita untuk menjadi photo-journalist yang berjaya satu hari nanti.
Selama berkecimpung dalam dunia blog hiburan, Budiey berpeluang dan dijemput menghadiri majlis pra tonton filem, sidang media, konsert dan pertunjukan pentas serta pementasan teater.
Aspirasi Budiey adalah untuk terus menimba pengalaman dalam dunia blog, sosical media serta kewartawan dan ingin mendekati selebriti bagi membantu menyemarakkan lagi dunia hiburan tanahair.
Cabaran Dunia Blog
Masa yang sangat suntuk dan terhad. Setiap dari kita diberi hanya 24 jam. Nak tak nak, Budiey terpaksa bahagikan masa dengan event, kerja dan keluarga. Cabaran makin terasa apabila wujudnya ramai blogger di arena dan cabang yang sama. Ditambah dengan senario dan kemelut sekarang ini, di mana kebanyakan majalah terpaksa gulung tikar dan terpaksa menerbitkan portal sebagai medium utama. Kalau boleh lihat kebanyakan surat khabar juga telah mengambil langkah untuk memberikan info melalui portal dan sosial media. Perkembangan yang sangat bagus sebenarnya.
Senario begini sikit sebanyak memancarkan warna-warni dan kemeriahan dalam nuansa sosial media. Cabaran dalam dunia penulisan blog mengajar Budiey untuk menghasilkan sesuatu buah idea yang lebih bermutu bukan setakat menyalurkan maklumat malah memberi anjakan kepada masyarakat umumnya.
Tidak semua pendapat kita akan diterima dan tidak semuanya nampak betul pada pandangan orang lain. Oleh itu, Budiey berpegang pada kebenaran dan membuka minda bagi menerima kritikan serta menghormati pendapat orang lain.
Penulis Sambilan
Selain menyumbang gambar untuk Portal Hiburan dan Gaya Hidup, Budiey juga turut menulis artikel rencana, acara dan gossip untuk beberapa buah majalah termasuklah majalah MANGGA dari Singapura.
Pada 1 November 2010, Budiey.com – Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T). Syarikat milikan tunggal ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menjadikan Budiey.com antara berpuluh-puluh blog yang terawal berdaftar di bawah SSM.
Untuk sebarang acara berbentuk hiburan dan kesenian, bolehlah menghantarkan jemputan terus ke meja Budiey. Atau sekiranya ada cadangan dan pesanan, sila hubungi Budiey di sini.
Terima kasih kerana melayari blog Sensasi Selebriti. Sekian, wassalam.
Berminat Untuk Internship di Budiey.com?
Sekiranya anda berada dalam cuti semester ataupun sedang mencari tempat untuk menjalankan latihan industri, mungkin anda boleh mencubanya pada Sensasi Selebriti. Budiey.com merupakan antara rangkaian blog pertama di Malaysia yang berdaftar dengan SSM, dan kini sedang berkembang dengan pesat. Sekiranya anda mengambil jurusan berkaitan dengan kewartawanan, dan juga mass comm, mungkin anda boleh menghantarkan resume anda kepada budiey[dot]isma@gmail[dot]com.
MILESTONES: Budiey di Media:
- Temubual Bersama Wartawan Marliah KOSMO!
- Sebagai Tetamu di Program Temubual BLOG di RTM1
- Sebagai juri dalam HIP TV untuk tajuk Artis & Botox
- Ditemubual oleh Program Galaxy TV9 untuk topik BLOG
- Sebagai Peserta Perang Rendang Lagi di TV9
- Terlibat dalam Project Alpha musim pertama
- Calon Top 5 The Best Entertainment Blog – Asia Pacifik Blog Awards
- Peserta Program Ewah-Ewah – Edisi Khas Media di TV3
- Terlibat dalam rakaman Project Alpha Musim Ke-2 di Kuching, Sarawak
- Muncul Sebagai Tetamu di Program In Trend di TV1
- Blog Rasmi untuk Dynda Dance Off anjuran Sungei Wang Plaza
- Menjadi tamu di Imbasan Anugerah Juara Lagu 25 TV3
- Menjadi penganalisa filem untuk rebiu filem Nur Kasih The Movie & tetamu Malaysia Hari Ini
- Tercalon dalam kategori Top Entertainment Blog – Kay Poh di WWWOW AWARDS anjuran DiGi – 20 Mei 2011
- Tercalon dalam kategori BLOGGER OF THE YEAR di WWWOW AWARDS anjuran DiGi – 20 Mei 2011
- Budiey di ruangan Zass Profile dalam akhbar SINAR HARIAN 8 Jun 2011
- Menjadi pengulas filem dalam program TV Online Terbitan KRU Media – CARTA BLOCKBUSTER
- Blog Rasmi untuk Party Costume Filem Tolong! Awek Aku Pontianak
- Penyampai anugerah untuk Fave Malaysian Male Online Celebrity di WWWOW AWARDS anjuran DiGi
- Friends of Prime Minister anjuran Media Prima
- Penampilan khas sebagai cameo dalam filem CIKARO arahan Nizam Zakaria
- Menjadi juri untuk Sesi Ujibakat Program Realiti TV – Over The Top Musim Pertama
- Dijemput untuk buat liputan Konsert Katy Pery – Teenage Dream di Brisbane, Australia.
- Dijemput untuk mengikuti rombongan Travelogue Bersama Awal Ashaari & Scha Alyahya di Korea Selatan.
- Mengikuti rombongan media bersama Dato’ Siti Nurhaliza melawat kilang SimplySiti di Seoul, Korea Selatan.
- Mengikuti rombongan Travelogue AirAsiaX di New Zealand tajaan bersama New Zealand Tourism.
- Menganjurkan Party Ulangtahun Ke-5 & mendapat liputan meluas media massa
- Blog Rasmi untuk Road Tour SM*SH di Malaysia
- Menjadi penceramah untuk Bengkel GO BLOG anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
- Blog Rasmi Untuk Program Hiburan NTV7 – Rooftop
- Kali pertama dilantik menjadi juri sebuah anugerah berprestij, Anugerah Skrin 2012.
- Blog Budiey.com telah dilantik menjadi Social Media Partner untuk The Shout! Awards 2012
- Ditemubual untuk salah satu ruangan hiburan di Majalah Cosmopolitan September 2012.
- Membawa watak Vanity Smurf untuk filem The Smurfs anjuran HBO yang dialih bahasa dalam Bahasa Melayu.
- Jadi tetamu undangan di Carta Hot 30 di Radio Hot FM bersama Azlan & The Typewriter
- Jadi Media Mengikuti Rombongan Rakaman Destinasi Cinta Bersama AirAsia di Pulau Boracay, Filipina Bersama Mizz Nina & Noh Hujan
- Menjadi tetamu khas dalam Program Sajian Chef Wan Bersama Media di TV1 siaran 5 Disember 2012
- Featured sebagai Blog Hiburan Paling Popular di Majalah Remaja keluaran Oktober 2012.
- Dijemput untuk ke Bandung untuk menemubual Judika & Taura Taufany anjuran Sony Music Malaysia
- Jadi tetamu di program Ala Carte Pagi di Bernama Radio 24 pada 12 November 2012
- Blog Rasmi (Official Blogger) Konsert Anuar Zain 3 Dekad, Muzik, Cinta & Sanubari.
- Blog Rasmi (Official Blogger) ASEAN International Film Festival & Awards #AIFFA2013
- Dicalonkan dalam Kategori Favourite Celebrity Blog di Anugerah Malaysia Social Media Week Summit 2013
- Blog Rasmi Drama Jodoh lakonan Scha Alyahya & Dazrin Kamaruddin
- Blog Rasmi (Official Blogger) Konsert Wings Rockestra 2013 di Istana Budaya
- Blog Rasmi (Official Blogger) Konsert Mega Bintang pada 8 Jun 2013 di Resort World Sentosa, Singapura
- Wakil Blogger ke Astro Kasih Pembersihan Laut Terpanjang di Dunia di Kota Kinabalu, Sabah
- Wakil Blogger ke Jakarta, Indonesia untuk Sesi Bersama Pelakon DALAM MIHRAB CINTA.
- Blogger Malaysia pertama dihantar ke Media Junket Filem AFTER EARTH di Taipei Taiwan oleh Sony Pictures Malaysia
- Berpeluang menemubual pelakon filem terkenal Hollywood, Will Smith & Jaden Smith di Sidang Media AFTER EARTH di Taiwan.
- Wakil Blogger ke Kuching Sarawak untuk Majlis Pelancaran Galeri Muzium Rumah Panjang Sarawak anjuran Sarawak Energy
- Ditemubual untuk tampil dalam artikel Majalah Harmoni keluaran 15 – 31 Mei 2013
- Membawa watak Italian Cop untuk filem MADAGASCAR 3 anjuran HBO yang dialih bahasa dalam Bahasa Melayu.
- Sebagai Panel Blogger untuk memberi ceramah tentang Tips Blog Hiburan di Pelancaran DiGi WWWOW Awards 2013
- Menjadi juri untuk Sesi Ujibakat Program Realiti TV – Over The Top Musim Ke-2.
- Budiey dilantik sebagai Promotional Partner untuk Anugerah Shout! Awards 2013
- DItemubual untuk muncul dalam ruangan .COM (Citra Orang Muda) Utusan Malaysia.
- Dijemput bagi menghadiri LIVE Screening Anugerah Video Music Awards 2013 di Singapura.
- Dilantik antara delegasi Malaysia ke Uzbekistan untuk Minggu Fesyen Style UZ (Style UZ Art Week 2013) & Festival Filem Uzbekistan bersama Nur Fathia & Miera Leyana.
- Dilantik sebagai juri panel untuk Anugerah MeLetop Era anjuran Astro.
- Travelogue Bersama Fahrin Ahmad di Paris pada 17 November hingga 20 November 2013.
- Terlibat dengan rakaman Travelogue Bersama Empat Selebriti Lelaki Popular ke London untuk Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Cardiff City vs Manchester United pada 20 – 26 November 2013.
- Dilantik menjadi Blogger Rasmi Konsert Ning Baizura – Pelangi Untukmu yang berlangsung pada 16 November 2013 di TM Convention Centre, Bangsar, Kuala Lumpur.
- Dilantik oleh pihak TV3 untuk menjadi juri profesional di Anugerah Skrin 2013 untuk memilih anugerah dalam kategori filem.
- Dilantik menjadi Blogger Rasmi Konsert Gelombang Salamiah Hassan pada 10-12 Januari 2014 yang berlangsung di Istana Budaya.
- Blog Rasmi untuk Smash & Stacy Showcase di Malaysia pada 26 – 30 Disember 2013 anjuran Warner Music Malaysia.
- Dilantik menjadi Blogger Rasmi Persembahan GENG LAWAK @ PICC pada 31 Januari 2014 yang berlangsung di PICC Putrajaya.
- Menganjurkan Party Ulangtahun Budiey.com Ke-7 pada 7 Januari 2014 di Cathay Cineleisure. Berita lanjut, klik SINI
- Dilantik menjadi Rakan Promosi Konsert Teaterikal SUARA KITA Awie, Ziana Zain & Erra Fazira yang berlangsung pada 3 hingga 9 Mac 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
- Dilantik menjadi Rakan Promosi Malam Gala CINTA TANPA SEMPADAN yang berlangsung pada 14 Februari 2014 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
- Dilantik menjadi Rakan Promosi Album Suria Cinta anjuran Life Records Malaysia & Radio Suria Cinta.
- Dilantik menjadi Blogger Rasmi Persembahan Minggu Setiausaha – TERINDAH ANUAR ZAIN yang berlangsung pada 29 April 2014 di Hotel One World.
- Dilantik menjadi Blogger Rasmi untuk Listening Party & Pelancaran Album Maya Karin – TEKA TEKI anjuran Warner Music Malaysia.
- Menganjurkan Tayangan Premiere 300: RISE OF AN EMPIRE 3D – Sensasi Selebriti pada 5 Mac 2014 di IMAX 3D, TGV 1Utama, Bandar Utama
- Sebagai talent alih suara membawa satu watak dalam filem Despicable Me 2 anjuran HBO yang dialih bahasa dalam Bahasa Melayu.
- Dilantik menjadi Blogger Rasmi untuk Pelancaran Single Pertama Arja Lee – Cerita Pada Mereka yang berlangsung pada 26 Februari 2014
- Menjadi satu-satunya blogger dari Malaysia yang dihantar ke Media Junket Filem The Amazing Spiderman 2 di Singapura oleh Sony Pictures Malaysia untuk menemubual secara eksklusif pelakon Andrew Garfield, Emma Stone, Jamie Foxx dan pengarah Marc Webb.
- Menjadi tetamu di program bual bicara Selamat Pagi Malaysia di TV1 terbitan RTM untuk bercakap tentang topik Social Media & Kehilangan Pesawat MH370.
- Menghadiri & buat liputan di Meet & Greet The Amazing Spider-Man 2 di The Skating Rink, Marina Bay Sands, Singapure.
- Menghadiri Earth Hour Countdown di The Floats, Singapura yang turut dihadiri oleh pelakon The Amazing Spider-Man 2.
- Dijemput bagi menghadiri LIVE Screening 2014 MTV Movie Awards di Singapura.
- Menganjurkan Tayangan Premiere THE OTHER WOMAN – Sensasi Selebriti pada 28 April 2014 di TGV 1Utama, Bandar Utama. Seramai 160 pembaca menghadiri acara ini.
- Menganjurkan Tayangan Premiere The Amazing Spiderman 2 – Sensasi Selebriti pada 29 April 2014 di GSC 1Utama, Bandar Utama.
- Menganjurkan Tayangan Premiere Godzilla (3D) – Sensasi Selebriti pada 14 Mei 2014 di TGV Sunway Pyramid.
- Dilantik menjadi juri Pertandingan Face of Setia City Mall 2014 yang berlangsung pada 26 April 2014 anjuran Setia City Mall.
- Mewakili blogger dari Malaysia yang dihantar ke Media Junket Filem X-MEN: DAYS OF FUTURE PAST di Singapura oleh Twentieth Century Fox Film untuk menemubual secara eksklusif pelakon Bryan Singer, Hugh Jackman, Fan Bing Bing & Peter Dinklage pada 14 Mei 2014.
- Dilantik menjadi Duta Avenue K (AK FRIENDS), sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.
- Menganjurkan Tayangan Premiere EDGE OF TOMORROW (3D) – Sensasi Selebriti pada 27 Mei 2014 di TGV Sunway Pyramid. Seramai 150 pembaca menghadiri acara ini.
- Blog Rasmi (Official Blogger) ASEAN International Film Festival & Awards 2017 #AIFFA2015
- Blog Rasmi (Official Blogger) ASEAN International Film Festival & Awards 2019 #AIFFA2019
- Dijemput oleh Netflix untuk mengadakan liputan Media Junket Netflix SEE WHAT’S NEXT ASIA di Marina Bay Sands, Singapura pada 8 hingga 9 November 2019.
- Wakil media dari Malaysia untuk buat liputan di Media Junket Filem AQUAMAN di Manila.
- Wakil media dari Malaysia untuk buat liputan di Media Junket Filem MASTER Z: THE IP MAN LEGACY di Hong Kong.
- Dilantik sebagai juri panel Top 20 untuk Anugerah MeleTop Era 2019 anjuran Astro.
- Dijemput oleh Netflix untuk mengadakan liputan Media Junket Netflix Original film, TRIPLE FRONTIER di Marina Bay Sands, Singapura.
- Wakil media dari Malaysia untuk buat liputan di Pan-Asian Media Summit 2019 di Bali. Berpeluang menemubual pelakon terkenal Chris Hemsworth dan Tom Holland serta penerbit filem The Angry Bird Movie, John Cohen.
- Mengikuti rombongan media ke Johor untuk liputan sekitar pengambaran filem J RETRIBUSI lakonan Zul Ariffin, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi.
- Penulis Skrip dan Pakar Rujuk untuk program #HTV Hiburan Jer yang disiarkan di RTM
Profile Budiey
Tarikh Lahir: 1 Ogos 1976
Bangsa: Melayu + Siam
Tinggi: 179 cm
Berat Badan: 65 kg
Tempat Tinggal: Batu Caves
Kerjaya: Editor di portal Budiey.com, Youtuber dan pembaca berita di Buletin Viral.
Hobi Budiey: Menonton TV, membaca berita online, melayari Facebook, melancong, menonton wayang, menonton teater, mendengar muzik dan suka dengan filem seram.
Warna Kegemaran: Putih dan maroon
Profile Budiey.com (English Version)
Budiey is the dynamic character behind one of the top entertainment portal in the country – Budiey.com. Confident, sociable and pleasant, he is often spotted at the hottest events and happenings around town. On certain occasions, he is known to have been invited to international concerts and happenings around the globe such as the MTV Video Music Awards in Singapore and Tashkent Film Festival in Uzbekistan.
Celebrity news from music, television, radio and film industries are part of his daily routine in addition to up-to-date reports of exciting launches and gadget reviews. While he doesn’t often share much about himself, from time to time Budiey opens up slices of his personal life for readers to better know the man behind all the glitz and glam.