Ingat lagi tak entri pasal produk Tiger Balm yang dapat mengurangkan rasa lenguh dan sakit badan tempohari. Kali ini, Budiey rasa terpanggil untuk menulis sekali lagi tentang produk ini ketika mana Budiey mengikuti rombongan media bersama penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza ke Korea pada 25 November yang lalu.
Berbeza dengan trip ke Korea bersama Awal Ashaari dan Scha Alyahya, trip bersama Dato’ Siti Nurhaliza rasanya 2 X lebih mencabar dari segi fizikal dan mental kerana kami kat sana cuma 3 hari sahaja dan perlu mengikut jadual yang disusun oleh penganjur. Jadual sangat ketat dan tiada masa untuk rehat dengan cukup.
Ya, jadual memang sangat padat sehingga Budiey hanya tidur 4 jam sahaja setiap hari. Balik dari jalan-jalan dan tour keliling Seoul, Budiey kena update blog pula. Kesannya, seperti yang korang sedia maklum, badan Budiey akan rasa lenguh, sengal-sengal badan, lutut macam nak tercabut dan sakit belakang. Haaa… nasib baik Budiey bawa Tiger Balm Plaster!
Pengalaman jalan-jalan makan angin bersama diva nombor satu negara itu memang best sangat. Selain melawat tempat-tempat yang menarik di Seoul, Korea, kami juga sempat membeli belah di satu pusat membeli belah terkenal kat sana. Bila membeli-belah tak ingat dunia dan terpaksa berdiri terlalu lama, satu badan rasa lenguh. Macam nak pengsan pun ada. Shop till you drop la katakan. Sampai Malaysia mesti Budiey mengalami sakit-sakit otot. Rasa sakitnya hanya Tuhan je yang tahu. Kadang-kadang rasa mencucuk sampai ke tulang. Letih dan tak bermaya habis seluruh badan.
Budiey nak ucapkan terima kasih kepada pembaca Budiey.com yang beri cadangan untuk menggunakan Tiger Balm yang berbentuk plaster tu. Sekurang-kurang dapat la tahan sikit kesakitan yang dialami masa kat Korea.
Sebelum bertolak ke Korea bersama Siti Nurhaliza hari tu, Budiey dah beli siang-siang Tiger Balm Plaster ni. Orang cakap, sediakan payung sebelum hujan. Masa sihat ni memang kita tak rasa perlukan plaster ni, tapi bila sakit badan barulah tercari-cari.
Jadi, Budiey beli 4 bungkus Tiger Balm Plaster di sebuah farmasi kat Suria KLCC. Rasanya semua farmasi memang menjual Tiger Balm Plaster. Seperti yang Budiey nyatakan di entri yang lepas, Tiger Balm Plaster ada 2 jenis iaitu Warm dan Cool dalam 2 saiz iaitu besar dan kecil. Jadi Budiey beli kedua-dua jenis plaster ni dalam 2 saiz berbeza. Harga satu paket Tiger Balm saiz besar ialah RM6.80 dan saiz kecil berharga RM5.20 sahaja.
Sememangnya, ia dapat melegakan dan menghilangkan rasa sakit otot dan sakit sendi sebab dia diperbuat dengan menggunakan formula yang khusus lagi unik. Eloklah untuk orang yang kuat bekerja menggunakan tulang empat kurang dan tak kurang juga bagi orang yang kuat jalan macam Budiey ni.
Mungkin korang tertanya-tanya, apa bezanya plaster jenis WARM dan COOL ni. Okay untuk plaster yang warm ni, ia elok untuk digunakan bagi pesakit sendi yang kronik iaitu Arthritis dan Rheumatism. Ia juga sesuai untuk sakit leher dan sangat selesa dipakai. Rasa soothing (berangin) dan elok juga bahagian bahu. Jika korang kerap duduk di pejabat, dan rasa lenguh dan letih di bahu, boleh juga gunakan Tiger Balm yang warm ini.
Manakala untuk plaster yang cool, ianya sesuai untuk menghilangkan kelegaan ringan seperti pada otot-otot badan, terseliuh sendi dan juga sakit sendi bahagian belakang. Ianya senang dipakai, easy-on & easy-off. Yang penting, ia bertindak cepat untuk melegakan rasa sakit badan. Elok untuk ahli sukan yang buat latihan insentif tiap hari tu.
Semasa di Korea, pada hari pertama selepas sehari suntuk kami berjalan, sakit memang teramat sakit sampai jalan pun berdencut-dencut, jadi Budiey guna plaster Tiger Balm Warm sebab sakit yang Budiey alami ni boleh dikatakan kronik sangat. Kalau dibiar nanti, takut bertambah teruk dan memudharatkan kesihatan pulak.
Kepada anda yang baru beli dan tak pandai nak guna, jangan risau ya, dalam satu bungkusan ada disediakan panduan dan informasi tentang produk dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Semasa guna plaster WARM, apa yang Budiey dapat rasa ia agak hangat sedikit tapi tak lah panas sampai kita cabut plaster tu tak nak pakai. Rasa WARM kat sini bermaksud, kita rasa sedap pakai kerana bila hangat, peredaran darah dan sakit dapat hilang dalam beberapa minit sahaja. Cuma Budiey diberitahu yang jika penyakit sendi yang kronik, memang sesuai pakai Tiger Balm plaster jenis Warm ni. Yang penting kesan dan impaknya memang cepat sangat terasa. Ia sangat melegakan.
Satu plaster Warm Budiey tampal di bahagian belakang dan satu lagi nak tampal kat bahagian kaki dan lutut. Aaaaahhh… memang terasa betul-betul ia dapat pulihkan balik. Bangun je dari tidur keesokan hari, Budiey dah boleh berjalan dengan baik, dah tak berdencut-dencut lagi. Tambahan pula suhu kat luar memang sejuk. Rasa sejuk tu sampai ke tulang. Memang sejuk, jadi untuk plaster Warm ni memang dapat menghangatkan sikit bahagian belakang.
Pada hari kedua pula, bila badan dah lega sikit, Budiey cuba pakai plaster jenis COOL pula. Rasanya? Aaaaa… sangat nyaman dan enak sekali. Ternyata kesannya pun boleh tahan jugak sebab plaster cool memang ada rasa soothing dan menyegarkan badan yang letih dan lesu.
Selepas menggunakan plaster COOL, Budiey dapat berjalan-jalan dengan selesa. Budiey suka tampal plaster bersaiz besar kat bahagian belakang dan saiz kecil di lengan dan juga kaki. Untuk bahagian belakang, Budiey tampal dua keping plaster, baru rasa kesannya.
Kepada anda yang selalu travelling macam Budiey, apa kata gunakan plaster Tiger Balm ni sebab ia disediakan pelekat tambahan di mana ciri-ciri ini tidak ada pada plaster produk lain. Jadi, bila kita selalu bergerak ke sana sini, plaster yang kita pakai tu akan jadi kemas dengan adanya pelekat tambahan ni. Memang senang, mudah dan cepat untuk gunakan. Selain itu, ia akan tahan lebih lama dan nampak kemas dipakai.
Ciri kedua yang Budiey suka ialah Tiger Balm Plaster ni boleh diregangkan kerana ia memang bercirikan strechable.
Setelah Budiey melekatkan plaster Tiger Balm ini, Budiey dapat rasa kesan positif di mana rasa lenguh-lenguh pada bahagian belakang dah makin berkurangan.
Kepada pembaca yang mengalami rasa lenguh-lenguh badan tu, boleh dapatkan plaster Tiger Balm di semua farmasi berdekatan dengan anda.