in ,

Ulasan Konsert Live Pitbull Malaysia

Artikel ini dipetik dari www.malaysiandigest.com

Ketika mendapat tahu figura ini mahu menggegarkan Surf Beach, Sunway Lagoon atas nama konsert live, sejujurnya dalam kepala terlintas secara automatik, “Mr 305 ni beraksi solo, hmmm best ker??”. Yup, penulis mengaku, bersifat underestimate.

Bukan sesedap rasa nak memperkotak katikkan kreadibiliti rapper dari Miami, Florida ni. Hujahnya, membina nama dengan genre ‘lagu bercakap’ atau rap, populariti Pitbull tambah melonjak menerusi muzik video Give Me Everything menampilkan Ne-Yo, Afrojack dan Nayer yang mencecah 177 juta hit (di YouTube). Kolaborasi bersama Marc Anthony menerusi Rain Over Me mencatat lebih 200 juta hit! (juga di YouTube). Berdamping sisi wanita tercantik dunia, Jennifer Lopez, dengan lagu On The Floor, Pitbull mencipta sensasi tersendiri. Lantaran meletakkan dia sebagai rapper paling berjaya masa kini.

Dan dalam konteks peminat-peminat di Malaysia, berani penulis katakan rata-rata yang mengenali PITBULL selama ni pun menerusi featuring bersama bintang antarabangsa (antaranya seperti yang disebutkan tadi). Kalau tidak, jangan harap korang kenal…

Pitbull

Berbalik kepada cerita konsert. Penilaian penulis terhadap Pitbull bukanlah nak kata melesit. Sebaliknya memberi persepsi baru, Pitbull mencipta revolusi bahwa dunia rap bukan saja dikuasai penyanyi berkulit hitam misalnya Puff Diddy ataupun anak jati Amerika seperti Eminem. Malam jumaat lalu, si empunya nama sebenar, Armando Christian Pérez ni membuktikan dia penghibur sebenar. Memberikan persembahan luarbiasa, rapper kelahiran Cuba-Amerika ni memukau 15 000 peminat!

Pitbull

Ternyata hujan lebat yang turun sejam sebelum itu, tidak sikit pun membantutkan adrenalin keterujaan penonton. Malah ada yang sudah menanti seawal jam tiga petang lagi. Demi abang botak, lecun pun lecun lah. Meskiun di beberapa bahagian, pantai buatan ni naik air paras betis (serupa air pasangan dah), takper kita redah!

Pitbull

Dilewatkan lebih kurang sejam, dalam pada duduk menanti hujan berhenti, jelas ketidak-pekaan pihak penganjurnya terserlah apabila para penonton langsung tidak dibekalkan dengan rain coat pakai buang. Kebajikan penonton tidak boleh dipandang enteng kerana mereka datang atas tiket berbayar. Tak luak pun keuntungan yang diperoleh kalau sejumlah kecil dilabur untuk menyediakan baju hujan pakai buang tersebut. Lagipun ini bukanlah konsert pertama yang diuruskan penganjur. Dan Bukannya kita semua tidak tahu, sekarang ni musim hujan.

Pitbull

15 minit selepas dihadapkan persembahan pembuka oleh Mizz Nina, meniti jam 10.30 segenap surf beach ni tiba-tiba bertukar menjadi pesta pantai penuh kemeriahan! Segak berkot serba hitam, Pitbull muncul lalu mengheret peminat ke ‘Planet Pit’nya dengan lagu seperti Shut It Down, I Gotta Feeling (FMIF Remix), Hey Baby (Drop It to the Floor), Pause, Something For the DJ’s dan Shake/C**o.

Tak perlu kehadiran Marc Anthony, Enrique Iglesias, Ne-yo mahupun J.Lo. Takder Usher pun takper. Kerna, ternyata peminat masih boleh bergembira sama-sama menyanyi dan menari tatkala didendangkan medley single hits terkini, Rain Over Me, On the Floor, I Like It dan DJ Got Us Fallin’ In Love.

Disambung dengan I Know You Want Me, Come N Go, Hotel Room Service sebelum diakhiri dengan Give Me Everything. – Dipetik dari www.malaysiandigest.com

Pitbull

Pitbull

Pitbull

Pitbull

Pitbull

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Don 2 Shahrukh Khan

Isu Penulis Novel Ombak Rindu Tak Bersyukur?