in

Drama Iftitah

Pengajaran Buat Seorang Anak Dalam Telemovie Iftitah Di TV1

Pengajaran kisah ego seorang anak yang sanggup mengetepikan nasihat seorang ayah demi mengejar cita-cita sendiri dikongsi sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi drama menarik bertajuk Iftitah yang disiarkan pada 16 November ini, jam 10.30 pagi menerusi TV1.

Membariskan pelakon handalan Dato Rahim Razali, Fikhree Bakar, Ku Fridah, Linda Ziegler, Zarina Zainuddin dan Roslan Madun, drama mengisi slot Nurani ini pastinya menyumbang pengajaran berguna kepada sesiapa sahaja bergelar anak supaya mempertimbangkan nasihat yang diberikan keluarga kerana mereka sememangnya inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing.

Fikhree Bakar dalam telemovie Iftitah

Iftitah mengangkat kisah berlaku apabila Kamal nekad untuk bekerja di luar negara tanpa menghiraukan kemarahan ayahnya, Deraman. Ini kerana bukan sahaja dia terpaksa membayar pinjaman pelajaran Kamal setelah Kamal mengabaikan tanggungjawabnya malah dia menganggap Kamal seorang yang lupa asal keturunan serta pengkhianat bangsa dan agama. Lebih-lebih lagi, datuk kepada Deraman telah mati ditembak penjajah dalam usaha mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Tindakan Kamal menyebabkan Deraman menganggap Kamal bukan lagi sebahagian keluarganya. Kamal yang kecewa, lantas mengambil keputusan berkahwin dengan seorang gadis Inggeris dan menetap di London.

Sepuluh tahun menyepi, Kamal pulang setelah mendapat berita daripada teman sekampungnya, Mazni yang memberitahu ibu Kamal iaitu Hajah Ramlah kini dalam keadaan uzur. Timbul rasa bersalah atas tindakannya selama ini yang meninggalkan keluarga tanpa sebarang khabar berita.

Kepulangan Kamal telah mencetuskan konfrantasi dengan ayahnya, Deraman. Lebih-lebih lagi Kamal pulang bersama isterinya, Marissa Bolton Abdullah dan anak perempuannya, Siti Hidayah. Deraman tidak dapat menerima kenyataan dirinya bermenantukan orang Inggeris.

Bagaimanapun sikap berhemah Ramlah mendekatkan Marissa dan Siri Hidayah dengan agama Islam, telah menyedarkan Kamal yang selama ini dia telah terlalu mementingkan keseronokan hidup sehingga lupa pada tanggungjawab kehidupan yang sebenarnya.

Bagaimanakah cara Ramlah cuba meyakinkan Deraman? Dapatkah mereka bersatu semula sebagai sebuah keluarga yang bahagia? Saksikan kesudahannya dalam Iftitah di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Petaling Street Warrior

AirAsia Launches the AirAsia Travel & Service Centre