in

Suria FM Prihatin Hari Aids Sedunia

SURIA FM PRIHATIN : HARI AIDS SEDUNIA

Setiap 1 Disember merupakan HARI AIDS sedunia di mana objektifnya bertujuan menimbulkan kesedaran kepada khalayak tentang bahaya AIDS akibat wabak HIV.

Suria Fm sebagai salah satu medium media massa telah mengambil kesempatan ini dengan menjemput aktivis sosial yang dulunya juga salah seoarang pengasas utama untuk Majlis AIDS Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir menyertai krew breakfast@suria.

378715_254360637955892_156527774405846_683569_813727_n

Anak sulung kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ini, juga berkongsi pengalaman beliau ketika bersama sama Majlis AIDS Malaysia (1992-2005) untuk menimbulkan kesedaran terhadap bahaya HIV ini kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata, Malaysia kini sudah pun mempunyai ubat-ubatan yang khusus bagi mencegah wabak ini daripada berterusan terutamanya di kalangan pendukung utama negara iaitu kaum wanita. Tambah Marina lagi, kurangnya kesedaran terhadap wabak ini menyebabkan sesetengah golongan yang terjebak dengan virus ini dipandang serong oleh masyarakat walaupun penyakit ini tidak boleh berjangkit dengan sentuhan biasa.

Bertemakan “Getting To Zero” pada tahun ini, Hari AIDS sedunia 2011 di harapkan dapat menimbulkan kesedaran kepada semua pihak .
Info breakfast@suria :

# Penyampai: Halim Othman, Shiera dan BOB
# ke udara isnin hingga jumaat dari 5 pagi hingga 10 pagi .
#Fb: breakfastatsuria # twitter : @breakfastatsuria

392663_254360247955931_156527774405846_683557_1450765067_n

393456_254360537955902_156527774405846_683567_2046118636_n

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Concert Simple Plan Live in Malaysia 2012

Warner Presents Original Album Series