Cantik, meriah dan berwarna-warni. Terima kasih kepada Ambank kerana sudi menaja percikan bunga api sepanjang tahun. Termasuklah untuk tahun ini yang ura-uranya sebelum ini, takkan ada sesi membakar bunga api demi mengelakkan pembaziran. Tapi memang betul, nilai wang yang dibakar tu bukan sedikit. Banyak giler.
Bayangkanlah, dengan wang bakar bunga api tu, yang keindahannya adalah sementara sahaja boleh menyara berpuluh-puluh fakir miskin di Malaysia? Mmm, fikir-fikirkan. Tetapi kalau takde bunga api, tak meriah la pulak.
Budiey meraikan hari merdeka di Dataran Merdeka. Seronok dapat laungkan kalimah merdeka bersama orang-orang di sana.
Kepada pembaca Sensasi Selebriti, salam merdeka untuk korang. Semoga kedamaian ini dihargai dengan rasa kesyukuran.