Gambar Aaron Aziz di Promo Tour Filem Ombak Rindu
Walaupun sibuk dengan pengambaran filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof, pelakon yang membawa karakter Haris dalam filem Ombak Rindu ini masih mengotakan janjinya untuk bersama di promo tour beberapa pawagam terpilih untuk melihat sendiri sambutan dari penonton. Gigih betul ya. Maklumlah, harapan penerbit katanya agak tinggi untuk melihat hasil tangan Osman Ali ini berjaya memecah panggung. Terbukti, usaha mereka tak sia-sia kerana kutipan setakat ini dah pun mencecah sebanyak RM4 juta. Budiey ucapkan tahniah buat semua yang menjayakan filem ini. Aaron Aziz melalui twitternya juga tak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sudi menyokong dengan penonton Ombak Rindu dan juga tak lupa untuk peminat yang sudi datang bertemu dengan beliau di promo tour.
Kelihatan bersama Aaron ialah penerbit Ombak Rindu, Sharad Sharan dan juga pelakon Maya Karin yang dikatakan akan menggondol anugerah pelakon wanita terbaik di anugerah tahun depan?
Budiey pun dah dua kali menonton filem ini iaitu semasa Malam Gala Ombak Rindu dan pada hari Sabtu (3 Disember) yang lepas. Menonton bersama khayalak yang berbeza iaitu bersama pelakon, pengarah dan beberapa selebriti terkenal di Malam Gala dan khalayak penonton biasa pada hari Sabtu sangat sangat sangat berbeza dari segi respon dan situasi. Terutama sekali dari segi respon penonton, Budiey kira penonton biasa sangat loud dan agresif sedikit. Contoh, masa scene sedih, mereka tak malu dan segan-segan menangis sampai teresak-esak. Yang perempuan memang ketara la sebab boleh dengar sok sek sok sek nangis tapi yang bab lelaki pun boleh menangis tu memang tak leh blah la. Hahaha.. bak kata seorang teman ni, kalau korang nak tahu bf korang tu jantan sejati (straight) atau jantan hadek-hadek (gay), bawaklah dia menonton filem Ombak Rindu. Jawapannya ada kat sana!
Cuma dalam situasi yang lain penonton kita agak keliru barangkali dengan beberapa scene dalam Ombak Rindu. Budiey bawa satu contoh, penonton biasa terbukti tak boleh untuk mentafsir filem dan menjelmakan ekspresi rasa mereka dengan ekspresi yang tak betul. Yang paling pelik apabila semasa adegan sedih, penonton boleh bergelak ketawa berdekah-dekah. Sangat tak betul!
Budiey jarang pulak tengok respon penonton filem komedi yang kelakar giler tapi penonton boleh menangis? Ada ke situasi macam tu? Menangis pun ada mungkin jugak kot sebab terlalu kuat ketawa sampai keluar air mata. LOL.
Korang pulak macamana? Apa respon spontan korang semasa menonton filem Ombak Rindu? Boleh tulis komen korang di ruangan komen yang disediakan di entri ini ya. Terima kasih!
Semalam, Aaron Aziz kacak dengan bertopi jenama Armani Exchange ni telah hadir di TGV Wangsa Walk untuk bertemu penonton di dalam pawagam. Gambar-gambar di bawah ini dihantar oleh peminat setia Aaron Aziz iaitu @ijahemotemo. Terima kasih banyak Ijah.
Layari blog Ijah: http://cheritaemo-temo.blogspot.com
Ini pula gambar-gambar yang dihantar oleh Skuad Terjah Aaronators di twitter. Terima kasih #Aaronators :