in

Show STOMP ’11 Sangat Memukau & Genius

Bak kata Allahyarham P. Ramlee, irama dan lagu tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah lagu. Begitu juga dengan muzik dan bunyi, ia satu perkataan yang sinonim dan tak boleh dipisahkan. Dari bunyilah muzik dihasilkan, betul tak? Sebagaimana yang semua sedia maklum, bunyi pula dihasilkan dari geseran dan pergerakan objek.

Dan, mungkin dengan formula ini juga maka dipersembahkan teater muzikal STOMP ’11 kepada warga Malaysia. Bagi Budiey, STOMP sebuah persembahan yang genius menggunakan pelbagai jenis peralatan yang kita selalu guna dan jumpa dalam kehidupan seharian. Atau lebih tepat lagi, STOMP ini menggunakan kombinasi unik alatan perkusi, pergerakan dan komedi. Ya, sudah tentu performernya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang tahu dan pakar dalam bidang muzik.

Ia mula dipersembahkan di Brighton, UK pada musim panas 1991. Antara objek dan peralatan digunakan, tong sampah, sinki, tayar, tin cat, penyapu, baldi, botol, tin coca-cola, sudu, Zippo Lighter dan banyak lagi. Prop yang digabungkan dengan tap-dance ini sebenarnya menjadikan performance mereka begitu menarik untuk ditonton kerana ia tak sikit pun menggunakan peralatan muzik lain yang rata-rata menggunakan gitar, bas, dram, perkusi dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, STOMP menggunakan pergerakan badan seperti hentakan kaki, tepukan, drum tangan dan lain-lain lagi. Hinggakan bunyi nak keluarkan kahak pun boleh dibuat irama muzik. Sungguh luar biasa. Ia direka khas oleh tenaga kreatif yang diterajui oleh pengarah berkaliber iaitu Luke Cresswell dan Steve McNicholas.

Cuma, mungkin ada yang pelik bila menyaksikan persembahan ini kerana ia bukannya ada jalan cerita yang khas kerana ia terlalu fokus kepada lagu dan persembahan unik mereka. Dialog pun memang tak banyak. Melodi pula taklah spesifik sangat. Ia lebih kepada ritma dan susunan irama yang lebih santai dan berjiwa loud.

STOMP

Semasa pertama kali dijemput, Budiey teringat dengan persembahan Nanta di Korea. Ya, Budiey pernah menyaksikan persembahan Nanta semasa berkunjung ke negara Korea bersama Awal Ashaari pada bulan Oktober lalu, dan Budiey dapati antara persembahan Nanta dan STOMP ada persamaan ketara iaitu Nanta menggunakan peralatan memasak di dapur, manakala STOMP pula bersifat umum di mana ia memaksimakan pelbagai bunyian menjadikan satu muzik dan irama yang sungguh kreatif.

Pada 30 November lalu, Budiey sempat menyaksikan dengan mata dan menikmati dengan telinga sendiri sebuah persembahan STOMP yang sungguh memukau di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk pengetahuan pembaca, STOMP ’11 telah pun memulakan persembahan di Malaysia dari 29 November hingga 4 Disember iaitu semalam. STOMP dilakonkan dan dipersembahkan oleh seramai 8 orang perkusi dan pelakon yang berbakat besar. Mereka diterbangkan dari Austria, UK, Australia, Italy, Denmark, Kanada dan USA minggu lepas.

Yang menarik, mereka yang buat persembahan tak lupa untuk berkomunikasi dengan penonton. Ini menjadikan persembahan mereka tak lah bosan sangat sebab ada respon dan tidakbalas dari penonton juga. Tak lupa, penonton diajar macamana untuk memberi impak dan ritma lagu dari hasil tepukan dan hentakan kaki. Budiey yakin ramai pemonton rasa berbaloi beli tiket dan enjoy dengan pertunjukan ini.

Fresher, Faster dan Funnier – itulah yang boleh diungkapkan dari persemabahan selama 2 jam ini. Persembahan ini dikatakan sempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-20 STOMP dipersembahkan kepada umum. Dikatakan STOMP telah menghiburkan seramai 15 juta orang di 48 buah negara dan 5 buah benua.

Beberapa rangkaian medley disampaikan dengan penuh semangat oleh semua performer. Bagi Budiey, persembahan mereka sangat bertenaga dan tak henti memukau penonton. Budiey paling suka bila mana mereka menggunakan sinki untuk menghasilkan bunyi dan lagu medley. Kreatif giler.

Dikatakan juga persembahan untuk kali ini menampilkan lagu-lagu baru dan lebih segar. Gaya dan mutu penyampaian juga diubah untuk menjadikan persembahan ini lebih menghiburkan. Oh ya, lupa pulak, diorang ni juga semuanya boleh menari juga. Dengan koreografi yang ringkas dan yang penting penuh energi, mereka begitu berpadu tenaga untuk menjiwai watak dan begitu pakar dalam membuatkan penonton semua terpukau. Ternyata, persembahan mereka seolah-olah satu konsert dan juga orkestra. Memang gempak & superb.

STOMP ’11 secara rasminya ditaja oleh MIX FM sebagai radio rasmi, Lite FM selaku official supporting Radio Station, The Star, Renaissance Hotel KL, OOCL dan Allied Pickfords.

Tiket yang dijual juga agak berpatutan iaitu antara RM75 hingga RM305.

Tahniah kepada semua yang menjayakan persembahan STOMP. Terima kasih kerana sudi menjemput budiey.com untuk turut sama-sama menyaksikan persembahan berprestij tahap antarabangsa yang tolak bandingnya ini.

STOMP

STOMP

STOMP

STOMP

STOMP

STOMP

STOMP

STOMP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Kampus Astro 2011 Kembali Lagi

Gambar Majlis Nikah Ezlynn & Adam