Umum dah tahu, Melissa Maureen Rizal (pelakon filem Hoopers) dan Malique (Too Phat) telah berkahwin di Bali pada 8/08/2008 yang lalu. Mereka bertunang dah 3 tahun yang lalu.
Perkahwinan rahsia mereka telah terbongkar setelah beberapa gambar perkahwinan pasangan dua merpati sejoli ini tersebar luas di dalam internet menerusi email, forum dan blog. Ramai yang mengutuk mengeji pasangan ini kerana menyembunyikan perkahwinan mereka.
Apakah alasan mereka?
Untuk gambar lain, sila layari:
Bertemakan warna putih dan biru muda di tepi pantai Bali, Indonesia, majlis itu kelihatan begitu ringkas dengan dihadiri teman-teman rapat sahaja.
Sebenarnya, Melissa ingin rasa happy dan kegembiraan berkahwin dengan Malique disimpan sebagai memori yang paling indah untuk dirinya, suami dan keluarga mereka. Sebab itulah, Melissa tak mahu berkongsi dengan pihak luar. Terlalu privacy kata dia.
“Kalau boleh, saya tak mahu menceritakan tentang majlis perkahwinan itu dengan mendalam. Bukannya apa, ia adalah satu memori yang indah dan sangat bermakna buat kami. Ini hal peribadi. Lagipun, perkahwinan kami sangat sederhana. Kami bernikah di sebelah petang dan bersanding pada waktu malamnya. Yang penting, inilah impian saya iaitu berkahwin di tepian pantai. Tetamu yang hadir pula kebanyakannya merupakan saudara terdekat dan juga kawan rapat saya yang dikenali sejak sekolah sahaja,” – KOSMO!
Begitu ringkas jawapannya, Melissa lebih selesa mengurangkan bicara hal perkahwinannya. Namun dia menjelaskan, ada sebab mengapa perkahwinan ini dirahsiakan.
Nampak lain macam je perkahwinan diorang ni dalam gambar. Lebih kebaratan. Walaupun simple tetapi siap ada …
Jawab Melissa: “Kami berkahwin secara Islam.”
Macamana pula dengan mas kahwin dan wang hantaran?
Wajah Melissa sedikit berubah. Gusar di mindan dan hatinya gundah saat untuk menceritakan kepada media. Jawapan yang sama terucap dari bibirnya. “Kami berkahwin secara Islam.” Selebihnya, Melissa tidak mahu memberitahu lebih lanjut tentang wang hantaran dan mas kahwin.
Dek terlalu sibuk, Melissa dan Malique tidak sempat berbulan madu dalam masa terdekat ini.
Budiey mewakili pembaca Sensasi Selebriti ingin mengucapkan… Selamat pengantin baru kepada Melissa & Malique! Moga bahagia dan sejahtera rukun damai di bawah payung rahmat Yang Maha Esa.